As salam, saya Rohaida bt A Rahmat, berusia 42 tahun, bertugas sebagai pensyarah akademik bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Guru, kampus Kota Bharu. Saya mengalami period yang tak menentu dan juga pendarahan yang amat berlebihan, keadaan ini berlarutan selama hampir 14 tahun dan saya seringkali keletihan dan sakit sakit badan.
Bermulanya cabaran maha hebat…
2 hari sebelum hari raya haji tahun 2016, saya telah didiagnos dengan Endometrioid Adenocarcinoma, aka Uterine Cancer, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya, berbulan lamanya saya tidak lena tidur, risau, marah, kecewa dan bermacam perasaan yang bercampur baur…
Kenapa aku ya Allah? Kenapa aku? Pada 29 disember 2016, saya menjalani TABHSO yang melibatkan pembedahan membuang keseluruhan uterus dan ovari, saya menopause pada usia 39 tahun. Pada bulan mei hingga jun 2017, saya menjalani RADIOTERAPI sebanyak 37 kali dan tambahan sebanyak 8 kali. Kesan RADIOTERAPI antaranya adalah organ organ seperti buah pinggang akan menjadi lemah. Awal tahun 2018, saya mendapati tahap gula adalah di 16.8, dan ada sedikit kebocoran pada buah pinggang, urin agak berbuih, dan saya sebenarnya semakin lemah dan letih.
Selain mengajar, saya juga adalah seorang instruktor ZUMBA yang berlesen dan terlatih, dan untuk lead 1 jam kelas ZUMBA amat menyeksakan, kerana saya turut didiagnos dengan Achilles Tendonitis, satu penyakit yang tiada ubat melainkan dengan hanya mengambil PAINKILLER, saya refuse untuk ambil sebarang ubat penahan sakit, dan saya mula mengambil calcium magnesium dan juga segala vitamin saraf untuk mengurangkan kesakitan.
3 minggu yang lalu, saya menerima laporan kesihatan, kadar gula dari 16.8 turun menjadi 5.2, dan kadar protein hanya tinggal 0.1%, ini menunjukkan fungsi buah pinggang semakin normal...
Rohaida Tweet
Bermulanya dengan Laminine
Pada Julai 2018, encik Wan Hasbullah, yang juga merupakan classmate saya, telah memperkenalkan LAMININE kepada saya, namun hanya pada Januari 2019 barulah saya mula mengambil LAMININE, saya tidak pernah berkongsi masalah kesihatan dengan orang lain walaupun keluarga sendiri, dan akhirnya, 3 minggu yang lalu, saya menerima laporan kesihatan, kadar gula dari 16.8 turun menjadi 5.2, dan kadar protein hanya tinggal 0.1%, ini menunjukkan fungsi buah pinggang semakin normal…
Nikmat Penyembuhan
Dan untuk seorang pesakit kanser seperti saya, angka angka di atas bagaikan seribu harapan yang terus menyuntik semangat untuk saya berjuang, berjuang untuk hidup, segala kuasa penyembuhan adalah dengan izinNya, maka.. Nikmat yang manakah yang kamu dustakan… Terima kasih ALLAH.