Video – Cabaran dan Realiti Seorang Usahawan

Kita tertarik dan terpesona dengan kejayaan usahawan-usahawan yang telah berjaya dan hidup dengan selesa. Mereka ini dilihat hidup dengan senang dan mudah. Mereka dijadikan idola dan ikutan. Bila lihat orang berjaya, kita pun nak berjaya seperti mereka. Tapi sedarkah kita yang kejayaan mereka bukanlah dengan mudah. Jalan menuju kejayaan tidaklah lurus macam highway. 

Sedarkah kita kejayaan yang mereka nikmati ini adalah hasil kejayaan mereka melepasi cabaran, kesukaran dan kepayahan ketika mendaki gunung perniagaan. 

Di mana kita ;

– ketika mereka mempunyai RM10 di dalam akaun bank,

– ketika mereka ditolak dipandang rendah semasa menyampaikan idea bisnes mereka,

– ketika mereka  bangkit setiap hari walaupun perasaan masa itu menyuruh mereka berhenti, tetapi mereka tetap gagahi kudrat untuk melakukan perniagaan mereka.

Jika mahu betul-betul mengenali mereka ini, kenalilah mereka ketika mereka berada di bawah, kerana ketika ini, kita berada di tempat yang sama semasa usahawan-usahawan ini bermula. Ya di bawah.

Jadi, sedarlah – untuk mencapai kejayaan, usaha, kerja keras, semangat kental dan berterusan adalah WAJIB ADA di dalam diri usahawan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 26/04/2020

Hati Menangis

Aydi dibiarkan di sebalik pintu, tak sampai 2 minit, aku pegang pintu, sambil hati ini…

Wan 01/11/2018

Penyerahan

Catatan ini dibuat untuk ingatan diriku yang sentiasa turun naik imannya.. Semoga kita semua diberikan…

Wan 17/07/2018

Jangan SPAM

WAJIB menjaga adab dan etika ketika melakukan pemasaran di internet atau meggunakan SMS/Whatsapp/Telegram. Jangan sesekali…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?