Penyerahan

Tidur nyenyak

Malam tadi, Aydi muntah 5 kali. Di katil, di ruang tamu, semua kena. Aydi sangat mengantuk dan keletihan.

Ambo melihat keadaan Aydi, cek suhu, lihat mulut, mata dan sikapnya, jika perlu mahu sahaja di bawa ke hospital. Tapi, alhamdulillah, selepas kali ke 5 muntah yang keluar hanya susu, Aydi makin baik. Chik dia lapkan badan, bagi ubat yang telah memang sentiasa di simpan dalam kes kecemasan macam ni, terus menyusu dan tidur nyenyak pada jam 4:30am.

Bila fikir balik, apa yang Aydi makan? Makanan bayi kena dijaga, Aydi akan minta dan makan apa sahaja, jadi kita sebagai ibu bapa kena perhatikan mana yang sesuai dan hadnya, jika tidak berlakulah apa yang telah berlaku malam tadi.

Ketika Aydi lepas muntah, dia agak keletihan, terus memeluk ambo erat, tidak menangis tetapi matanya memandang ambo dengan harapan ambo menghentikan apa yang berlaku. Ketika ini, memang rasa sangat lemah, rasa tak mampu untuk menolong menghilangkan sakitmu wahai anak.

Ketika inilah, hanya doa, penyerahan dan pengabdian serta pengharapan terus kepada Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah pemegang jiwa dan nyawaku, aku serahkan segalanya kepada-Mu, jiwaku, keluargaku dan anak-anakku, kerana Engkau sahajalah penjaga Yang Maha Agung

حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Cukuplah Allah menjadi Penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung

Penyerahan secara mutlak ini akan memberikan perasaan segar, kekuatan jiwa seterusnya membakar semangat menghadapi segala cabaran kehidupan kerana kita, hidup kita untuk Allah, mati kita pun kerana Allah.

Catatan ini dibuat untuk ingatan diriku yang sentiasa turun naik imannya..

Semoga kita semua diberikan kerahmatan Allah, di dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Anda mungkin menyukai ini...

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?