Video – Cabaran dan Realiti Seorang Usahawan

Facebook
Threads
WhatsApp

Kita tertarik dan terpesona dengan kejayaan usahawan-usahawan yang telah berjaya dan hidup dengan selesa. Mereka ini dilihat hidup dengan senang dan mudah. Mereka dijadikan idola dan ikutan. Bila lihat orang berjaya, kita pun nak berjaya seperti mereka. Tapi sedarkah kita yang kejayaan mereka bukanlah dengan mudah. Jalan menuju kejayaan tidaklah lurus macam highway. 

Sedarkah kita kejayaan yang mereka nikmati ini adalah hasil kejayaan mereka melepasi cabaran, kesukaran dan kepayahan ketika mendaki gunung perniagaan. 

Di mana kita ;

– ketika mereka mempunyai RM10 di dalam akaun bank,

– ketika mereka ditolak dipandang rendah semasa menyampaikan idea bisnes mereka,

– ketika mereka  bangkit setiap hari walaupun perasaan masa itu menyuruh mereka berhenti, tetapi mereka tetap gagahi kudrat untuk melakukan perniagaan mereka.

Jika mahu betul-betul mengenali mereka ini, kenalilah mereka ketika mereka berada di bawah, kerana ketika ini, kita berada di tempat yang sama semasa usahawan-usahawan ini bermula. Ya di bawah.

Jadi, sedarlah – untuk mencapai kejayaan, usaha, kerja keras, semangat kental dan berterusan adalah WAJIB ADA di dalam diri usahawan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x