Tersangat lah lamanya, blog Wanniaga ni tersadai tanpa isi terbaru.
Berehat?
Berhenti?
Bosan?
Takde idea?
Kesemuanya betul. Tapi saya masih mengekalkan domain wanniaga ini. Masih bayar hosting dan caj-caj berkaitan. Cuma tiada isi terbaru. Kenapa begitu?
Kerana saya yakin dan percaya akan kepentingan mempunyai domain jenama sendiri, tanpa terikat dengan mana-mana sosial media di luar sana. Tanpa domain jenama sendiri, kita seperti tiada rumah sendiri untuk berniaga atau apa sahaja tujuan kita.
Terlalu bergantung kepada platform sosial media adalah tidak bagus. Ya betul, traffik di sosial media lebih tinggi, kos pun percuma, tetapi kita tiada kuasa atas semua posting kita. Ianya boleh hilang begitu sahaja jika pemilik platform rasa posting2 kita melanggar “peraturan” mereka atau ada orang report pages atau posting kita.
Jadi kenapa saya sendiri berhenti menulis blog?
Secara jujurnya, saya bukanlah seorang content creator yang baik. Tidak konsisten, rasa nak menulis benda yang ringkas dan mudah, terasa benda tu simple sangat, orang tak nak baca kot. Dan macam-macam alasanlah. Hahaha
Apa pun alasan saya, pendapat bahawanya semua pemilik perniagaan, individu, perlu mempunyai domain sendiri sebagai tapak adalah sangat valid dan betul.