Jangan percaya gambar di internet – Panglima Hang Tuah

Kenapa jadi begini? Kenapa fikiran, mulut dan tangan kita pantas menaip komen-komen yang mendahului pengetahuan kita? Sejak tersebarnya berita Ustaz Kazim berhasrat menjual 1 unit Pusat Tahfiz di Pusat Pendidikan Al-Barakah, maka pelbagai reaksi yang diterima oleh Ustaz Kazim, ada yang memberi semangat dan ada yang mengeji – disalutkan dengan politik pula.

Malangnya ramai yang tidak menonton pun sidang media penjelasan oleh Ustaz Kazim, tapi mereka terus mengulas panjang kenapa Ustaz Kazim dikatakan gagal mengurus dan ada yang kata Ustaz Kazim boros dan menggunakan duit ke arah lain. Seperti komen di bawah ini, mereka percaya “cerita” yang dikongsi di bahagian komen FB yang kononnya bersumber si polan itu ini. Apabila baca sahaja terus “screenshot” dan sebar. Tidak takutkah kita pembelasan di akhirat nanti?

Dalam kes ini, Ustaz Kazim telah terangkan, kita terimalah kenyataan tersebut dengan tenang, melainkan kita sendiri mempunyai  maklumat yang boleh membantu siasatan atau dakwaan, maka lebih baik kita senyap.

Janganlah kita berbicara melebihi pengetahuan kita, kerana setiap susunan ayat kita akan ditanya nanti, bukan oleh SPRM, bukan oleh kerajaan tetapi oleh ALLAH SWT.

Alasan orang lain buat, jadi kita boleh buat adalah alasan memakan diri di hadapan Allah nanti.

Dan jika ada sesuatu kes pun terhadap guru atau pihak sekolah ini, maka teruskan dengan tindakan saman seperti yang ingin dilakukan.

Akhirnya apa yang nak cuba saya sampaikan di sini adalah, sebagai orang yang tiada kaitan, dan tiada kemampuan untuk menyiasat sesuatu benda, kita kena berserah kepada pihak berwajib dengan harapan semuanya diadili dengan adil. Kita pula, berlapang dada dan tidak terburu-buru menyebarkan sesuatu yang tidak pasti.

Ingatlah pesanan Datuk Panglima Hang Tuah ini 😉 ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda mungkin menyukai ini...

wanniaga 01/11/2018

Penyerahan

Catatan ini dibuat untuk ingatan diriku yang sentiasa turun naik imannya.. Semoga kita semua diberikan…

wanniaga 24/07/2018

Maybank QRPay

Masa untuk berbelanja tanpa tunai! Aplikasi Maybank QRPay membolehkan anda menerima bayaran dari pelanggan anda…

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?