Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias mahu jual bangunan pusat tahfiz kerana kekurangan dana

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Saya begitu terkejut apabila terjumpa status dalam Facebook yang Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dikatakan mahu menjual sebahagian bangunan pusat tahfiz beliau kerana kekurangan dana untuk tampung kos operasi.

Ustaz Kazim juga telah menaikkan status jualan Kompleks Darul Barakah di mudah.my. Hasil jualan tersebut adalah untuk menampung pelbagai perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh beliau yang sebelum ini beliau urus menggunakan hasil dari upah ceramah dan pelbagai sumber lain seperti jualan buku beliau.

Namun begitu, menurut Ustaz, seakan ada usaha menyekat aktiviti beliau sehinggakan ada yang sudah menerima janji akhirnya membatalkan janji tersebut untuk menjemput beliau berceramah. Akibatnya, beliau gagal mengumpul dana yang mencukupi untuk menampung kos operasi pusat tahfiz. 

Di bawah adalah status awal yang menimbulkan kegemparan di media sosial.

Sidang media oleh Ustaz Kazim menjelaskan kenapa beliau terpaksa bertindak menjual bangunan tahfiz tersebut.

Amat malang sekali, jika semua ini berlaku. Sesuatu boleh dilakukan untuk membantu pusat tahfiz ini tanpa perlu ianya dijual. Kekuatan kita umat Islam adalah dengan kesatuan dan perpaduan.

Jika setiap daripada kita 15,000 orang hanya derma RM10 sahaja sebulan, kita boleh, sudah cukup untuk menampung pusat ini. Ayuhlah umat Islam. Tiada apa yang penting di dunia ini kerana akhirat lah tujuan kita.  Dan dijalan Allah lah harta-harta kita perlu dilaburkan.

Insyallah.Ayuh – bersama derma terus ke akaun-akaun seperti bawah ini. (pastikan akaunnya betul – saya ambil akaun-akaun bank ini dari page Ustaz Kazim.

Leave a Reply

Jangan Terlepas Blog Terbaru WANniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?
Powered by
Contact
+6 012 953 2348

WANNIAGA diuruskan oleh ABYG COMPUTER STATION (KT0151900-P)

Tingkat 1, No 1402, Taman Seri Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Get Your Free Consultation. Let’s talk about your business! Fill out this form and we will reach out to you.