Mata Anda Stress!!

Mata anda sangat cantik. Tapi malangnya, dengan penggunaan telefon pintar dan komputer tanpa henti, mata cantik anda kini stress dan keletihan. Mana tidaknya, setiap hari berapa jam mata anda fokus kepada telefon dan komputer yang menghasilkan cahaya biru yang mengakibatkan “digital eye strain”, akibatnya, anda mungkin menghadapi masalah seperti, sakit kepala, mata yang letih, penglihatan kabur, mata menjadi merah, mata berair, sakit leher atau sakit belakang.
Mengikut kajian Vision Council US, 70% penduduk dewasa di US menghadapi masalah kesan “digital eye strain” akibat daripada penggunaan gajet seperti telefon, tablet atau komputer selama beberapa jam setiap hari. Untuk itu, kami menyarankan anda semua untuk berehat atau berhenti menggunakan gajet2 anda setelah menggunakan gajet2 lebih dari 1 – 2 jam. Bersenam ringkas, dan bangun berjalan dan memandang tumbuh-tumbuhan hijau untuk mengurangkan kesan ini.
Selain tip-tip di atas untuk mengurangkan “digital eye strain”, kami di Kedai WANniaga juga menyarankan anda mengunakan Computer Glasses for Men Women Anti Blue Light Radiation Coating Clear Lens for Work Home Gaming yang berupaya membantu mengurangkan kesan “blue light” daripada gajet2 anda.
Computer Glasses
Cermin komputer adalah cermin mata khusus bertujuan untuk mengoptimalkan penglihatan anda apabila anda melihat skrin digital. Ia direka bentuk untuk: mengurangkan silau (penyebab utama eye strain), meningkatkan kontras, dan memaksimumkan apa yang anda lihat melalui kanta-menjadikannya lebih mudah untuk melihat skrin untuk tempoh masa yang lebih lama
Jaga mata anda sekarang dengan kaca mata komputer kami, kerana anda sah2 takkan berhenti menggunakan telefon atau pun komputer! 😅