Hari ni aku bersembang dengan kenalan kepada seorang kenalan yang telah pencen awal. Beliau seorang kakitangan awam yang telah puluhan tahun berkhidmat kepada negara.
Beliau telah memohon untuk bersara awal kerana beliau rasa tekanan kerja yang semakin melampau, tambahan lagi beliau kerap bergaduh dengann boss beliau. Oleh kerana stres yang semakin tinggi, beliau ambil keputusan untuk bersara awal.
Setelah beberapa bulan dalam alam persaraan, beliau melahirkan rasa bosan. RIndu nak bekerja balik.
Aku soal balik, masa bersara tu ada duit tak untuk hidup dengan selesa dan dapat buat aktiviti yang diminati?
Member jawab, setahu dia, kawan dia tu tak cukup duit.
Aku jawab, sekadar pendapat akulah, bersara ni maksudnya bukan duduk diam2 di rumah, tapi kita stop bekerja, tetapi kita masih aktif melakukan aktiviti atau hobi yang kita minati. Dan untuk buat hobi dan aktiviti yang diminati ni seperti melancong, makan modal woo.. jadi perlukan sumber kewangan yang stabil dan lebih.
Jadi, untuk bersara, awal atau tidak, perlukan punca pendapatan kedua, ketiga atau lebih dari perniagaan atau pelaburan. Barulah syok bersara.
Untuk mereka yang sedang bekerja makan gaji, mula bina perniagaan ketika masih bekerja, dan binalah biz yang modalnya kecil, dan sudah ada sistem yang baik, dan produk
terbaik, agar korang tak perlu fikir apa2 selain MARKETING.
Cari biz yang boleh jana keuntungan lumayan dengan kerja minima dan tidak megganggu kerja hakiki korang.
Bila biz masyuk, nak bersara pun best…
Tak perlu minat biz pun, yang perlu belajar cara biz utk jana income, bila dah ada untung, bolehlah buat benda2 yang korang minat…
