Akhirnya…

Akhirnya.. tengah malam barulah boleh buat kerja dengan aman damai tanpa tangan kecil yang sibuk menaip sama. Bekerja dari rumah memerlukan kesabaran tinggi, tambahan lagi dengan adanya anak kecil yang dah pandai merangkak. Mulalah nak mencapai segala benda.

Aydi akhirnya tertido.

Dah banyak hari kerja tertangguh kerana diri sendiri mula demam, kemudian berjangkit kepada si kecil ni, dan sekarang isteri pula demam. Hehehe.. memang akan huru hara lah jadual kerja di rumah.

Bila si kecil demam, perhatian yang lebih perlu diberikan, biasanya nak berdukung dan perlu dodoi lebih lama sebelum dia terlelap. Siang hari memang tak boleh nak fokus kepada kerja kemaskini skrip laman web dan juga nak kemaskini blog, jadi amatlah lega bila dia dah tido.

Fuh…. lega…

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 13/10/2020

Ustaz Pesan…

Ustaz pesan, kalau nak rasa yang lapang dan tenang, banyakkan membaca Al-Quran. Ustaz pesan, kalau…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x