Ujian Cinta Allah: Menyemai Ketabahan dan Kekuatan Hati

Ketika malam sunyi. Ketika kepala kusut memikirkan cabaran. Ketika melihat keluarga yang sedang lena diulit mimpi, aku berasa keseorangan. Berasa tiada lagi manusia yang mampu membantu diri ini.

Namun, aku sentiasa pasak dalam minda bahawa Allah sentiasa dekat dengan aku, lebih dekat dari urat leher aku sendiri.

Dialah sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik Pelindung. Bila dunia terasa sepi, ketahuilah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hati kita, walaupun tanpa kata-kata.

Peganglah pada hakikat bahawa hanya Allah yang kekal, hanya Allah yang mampu mengangkat kesedihanmu, dan hanya kepada-Nya kita berserah. Setiap ujian adalah tanda cinta-Nya, dan dalam setiap kesulitan, pasti ada kemudahan. Berpeganglah pada tali Allah, kerana Dialah yang memegang hatimu dan memberikan kekuatan yang kau perlukan. Sesungguhnya, bersama Allah, kau tidak pernah keseorangan.

Dan setiap ujian yang Allah hadirkan dalam hidup ini, akhirnya, HANYA ALLAH sahaja yang ada dalam jiwa ini, sebagai pelindung, sebagai pemegang jiwa ini.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 27/08/2018

Beza Barang Bermutu

Memang berbezalah guna produk yang bermutu berbanding yang tidak bermutu. Tapi kan itulah sikap orang…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?