Tenanglah Hati…

Aku tahu malam ni mungkin kau rasa buntu, pening, serabut dengan macam-macam masalah. Duit tak cukup, hutang berlambak, pendapatan pun tak stabil. Aku faham—memang berat.

Tapi kau kena ingat satu benda: Allah SWT ada.

Allah SWT tahu setiap susah payah kau lalui, Dia nampak segala usaha kau. Percayalah, Dia takkan bagi kau ujian yang tak mampu kau tanggung.

Surah Al-Baqarah (Ayat 286)
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا…

Maksudnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
(Al-Baqarah: 286)

Ni semua sementara je.

Sabarlah sikit lagi, insya-Allah, lepas gelap malam ni, pasti Allah SWT kirimkan cahaya pagi untuk kau.

Surah Al-Insyirah (Ayat 5-6)
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٥) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٦)

Maksudnya:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah: 5-6)

Jangan putus harap dengan rahmat Allah.

Surah Ar-Ra’d (Ayat 28)
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Ar-Ra’d: 28)

Esok mesti ada jalan. Yakinlah.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?