Silap Orang Lain, Tak Perlu Bercakaran Sesama Sendiri

Hari ini saya menghadiri majlis ilmu di Cyberjaya. Oleh kerana nak mengelak dari kesesakan lalu lintas saya naik mrt ke Cyberjaya. Sampai di stesen mrt Cyberjaya, saya menggunakan khidmat grab utk ke lokasi majlis. Apabila nak order, di dalam app grab menyatakan saya perlu menunggu di pintu A.

Apabila saya dah order dan order saya di terima, saya pun menunggu pemandu grab sampai. Di app menyatakan pemandu dah sampai sedangkan di alam nyata saya tak nampak dan yang saya nampak pemandu menunggu di lokasi yang agak jauh. Saya maklumkan yang saya menunggu di pintu A.

Apabila sampai. Pemandu grab ni agak marah. Mungkin dia marah kerana saya mempersoalkan kenapa tekan butang dah sampai lokasi pickup sedangkan dia jauh dari lokasi saya.

Di sini berlaku sedikit tinggi suara antara kami. Apabila saya tersedar saya ni dah makin nak marah. Saya senyap.

Saya sedar yang salah adalah app grab. Bukan saya dan bukan pemandu. Lokasi yang diberi app berbeza.

Apabila hampir sampai ke lokasi drop, sekali lagi app silap. Saya inform kepada pemandu lokasinya di depan lagi. Dia ikut sahaja. Kami masih kekal senyap.

Hampir sampai ke lokasi saya minta maaf kepada pemandu sambil hulur tangan untuk bersalam kerana meninggikan suara saya dan brother pemandu ni menyambut tangan saya dan dia pun meminta maaf juga.

Saya kata, pagi2 ni lapar tu yang sabar senipis kulit bawang. Dia gelak dan kami gelak bersama.

Kisahnya, pihak lain buat silap, kita tidak perlu bergaduh sesama sendiri.

Dan saya sedang report kesilapan app grab ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda mungkin menyukai ini...

wanniaga 24/05/2020

Salam Aidilfitri 1441

Salam Aidilfitri… hari ini adalah hari kejayaan, hari kegembiraan selama sebulan dalam Ramadhan, kita melatih…

wanniaga 17/12/2018

Masa tu nyawa dik oiii

Alhamdullillah. Selesai juga pemasangan unifi, walaupun berlaku sedikit kekeliruan. Nak jadi cerita, pihak tm telah…

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?