Selamat Hari Raya Aidil Adha 1441H

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1441H

Kami di WANniaga, Kedai Wanniaga dan motoWAN ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H kepada semua kenalan sahabat dan pelanggan-pelanggan kami. Semoga Hari Raya Korban tahun 1441H ini memberikan sinar baru kepada kita semua dalam menghadapi cabaran pandemik COVID19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha tahun 1441H ini disambut dengan suasana yang amat berbeza. Kita diuji dengan pandemik COVID19 yang bukan sahaja menyebabkan keselamatan dan kesihatan kita diancam,, malah, kesan PKP kepada ekonomi negara dan keluarga sangat nyata dan jelas. Terutamanya kepada para peniaga.

Oleh itu marilah sama-sama kita membantu antara satu sama lain agar kita semua dapat mengharungi bahtera dalam laut yang bergelora ini. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan melimpahkan rahmat-NYA kepada semua.

pssttt – pakaian rasmi ambo, adalah baju Melayu hitam dan kain hadiah arwah nenek berwarna biru (berbelas tahun dah kain ni)

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 17/10/2018

Facebook 3D Photo

Beberapa hari lepas Facebook telah melancarkan fungsi 3D Photo. Photo anda akan kelihatan seperti 3D,…

Wan 21/03/2021

Gula

APA ITU GULA ? Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?