Sabun Mandi yang Boleh Membunuh!

Sudah 7 hari isteri aku terlantar di katil, akibat kecederaan kulit dek kerana menggunakan “bodywash” yang berbahaya yang berlambak dijual di kedai-kedai tertentu di Malaysia ketika ini. 

Aku juga turut cedera seperti melecur selepas menggunakan “bodywash” yang disediakan di sebuah homestay. Nak kata kulit kami sensitif, tak juga, pasal aku ni kaki ride motor, dan banyak dah menginap di hotel2 bajet, homestay dan hotel2, dan memang selalu guna sabun, syampu dan mandian yang disediakan, tak pernah jadi begini.

Gel mandian, tak pasti jenama, yang disediakan di sebuah homestay ni, memang tajam. Sekali guna je terus rasa seperti terbakar kulit. Cepat-cepat aku bilas dengan air yang banyak, ingatkan ok je. Rupa-rupanya selepas 2 hari, kulit jadi pedih seperti terbakar dan ulcer mula keluar hinggakan luka-luka yang dalam.

Aku dan isteri jadi mangsa. Kami demam, sakit badan, ulcer timbul hinggakan terjadinya jangkitan kuman. Iyalah seperti terbakar kesan “bodywash” tersebut. 3 kali ke klinik, 3 kali doktor datang ke rumah untuk rawatan isteri aku. 7 hari aku “down” mendengar isteri aku menangis setiap kali aku sapu ubat luka. 7 hari aku batalkan segala temujanji perniagaan aku. Aku kena jaga isteri sehabis baik. 

Kerana luka-luka di kulit ni jangan dibuat main2. Boleh merebak menjadi masalah kesihatan yang lebih parah. 

Aku mesej pemilik homestay dan nasihatkan beliau untuk menukar sabun mandi yang lebih selamat. Belilah jenama yang selamat. Kalau tak balik modal, jangan sediakan sabun mandi. Biar takde sabun, senang pelanggan boleh beli sendiri. Berbanding sediakan sabun mandi, tetapi beli yang “murah” di kedai RM2/RM5 dll yang tidak selamat untuk digunakan.

Aku sebenarnya dah serik membeli dan menggunakan produk-produk berbahaya di pasaran ketika ini. Malah produk-produk berjenama pun mempunyai bahan-bahan bertoksik yang memberi kesan kesihatan jika digunakan secara konsisten.

Tambah-tambah lagi aku jumpa satu kajian bebas yang membuktikan bahayanya penggunaan pencuci di rumah.

Doakan isteri dan aku sendiri cepat sembuh…

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 18/04/2019

Ini Ibu Saya…

Dulu, 3 minggu sekali jumpa doktor ambil ubat gout. Gastrik pun kena, sakit. Kesian ibu…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?