Apabila berniaga ke banyak negara, kita kena bersedia sedaya upaya dengan ilmu dan maklumat agar tidak menjadi mangsa penipuan. Apabila menggunakan perkhidmatan payment gateway seperti Paypal dan lain-lain, biasanya akan ada cubaan menipu dengan menggunakan policy buyer protection, di mana, pembeli akan buat bayaran menggunakan kad kredit, kemudian apabila seller telah pos barang, cubaan menipu akan dibuat dengan membuka laporan kononnya barang tidak sampai.

Di sinilah peri pentingnya seller menyimpan maklumat penghantaran dan mempunyai polisi dan terma2 penghantaran dan pemulangan yang jelas dalam kedai online masing2.
Pada 24 Julai 2019, ada cubaan untuk buat chargeback/refund oleh seorang pelanggan daripada US dengan alasan barang tidak diterimanya. Dia telah buat laporan kepada Paypal dan Paypal akan menyiasat.

Di sini, bagusnya Paypal, mereka akan meminta bukti sokongan seperti tracking number dan maklumat lain. Selain itu, apabila kita telah ada semuanya, kita boleh ingatkan mereka tentang polisi dan terma pembelian di kedai online kita.
Alhamdulillah. Dengan bukti2 jelas maka Paypal berpihak kepada ambo. Dan wang bayaran dikembalikan kepada ambo.
Jadilah pembeli dan penjual yang jujur.