Akhir-akhir ini ramai yang memperkatakan tentang chia seed terutamanya bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan. Jika dilihat, bentuk chia seed seakan-akan biji selasih yang sedap kalau letak dalam air sirap atau pelbagai resepi lain. Walaupun nampak sama, tetapi chia seed dengan biji selasih sebenarnya adalah berbeza terutamanya dari segi kandungan nutrien dan khasiatnya.
Apa Itu Chia Seed?
Bijian chia atau lebih dikenali sebagai chia seeds adalah sejenis bijian yang diperoleh dari pokok chia (Salvia hispanica). Bijian ini banyak didapati di kawasan Mexico dan Guatemala. Dikatakan puak Mayan dan Aztec telah menganggap bijian ini sebagai makanan yang memberikan kekuatan luar biasa.
Bijian chia dikenali sebagai ‘super food’ kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Ia mengandungi mineral dan serat yang tinggi dan sumber lemak omega-3 yang amat bagus selain tinggi antioksidannya. Analisis menunjukkan bahawa kandungan biji chia adalah tidak melebihi tahap logam maksimum untuk makanan. Ia juga bebas dari mikotoksin dan tidak mengandungi gluten.
Bijian chia juga bersifat ‘mucillaginous’ iaitu menghasilkan lendiran seperti bendi. Apabila direndam, bijian ini akan menyerap air sehingga 9-10 kali dari beratnya dan menghasilkan lendiran likat seperti gelatin. Sebab itulah bijian ini popular untuk dijadikan ejen menguruskan badan. Kita akan terasa kenyang lebih cepat dan lebih lama apabila mengambil bijian ini dalam diet pemakanan.
Kat mana nak beli Chia Seed?
FOREVER GIN-CHIA®
Boleh beli melalui kami : ORDER FOREVER GIN-CHIA
KHASIAT CHIA SEED
Chia seed mengandungi pelbagai khasiat yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Setiap nutrien ini mempunyai fungsinya tersendiri.
Sumber Tenaga Yang Baik
Bijian hebat ini mengandungi kalori dan karbohidrat baik untuk energi dan stamina dalam menjalani aktiviti harian. Bukan itu sahaja, bijian ini juga mengandungi vitamin A, B 12, C yang diperlukan oleh badan malahan sangat baik untuk ketahanan sistem imunisasi tubuh.
Mengawal Selera Makan
Tryptophan adalah baik untuk memperbaiki gangguan sistem pencernaan dan keinginan untuk makan. Ia merupakan sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda, memberikan tidur yang lebih lena dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.
Mengatasi Sembelit
Chia seed kaya dengan serat yang baik untuk menstabilkan kolesterol, mencegah sembelit dan menghalang peningkatan paras gula dalam darah. Dengan mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya bersamaan dengan 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Pengambilan serat yang mencukupi baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan anda.
Baik Untuk Gigi Dan Tulang
Satu hidangan chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan. Ia mengandungi zat kalsium dan fosforus yang berperanan dalam mengekalkan tahap kesihatan gigi, menguatkan tulang dan dapat mencegah osteoporosis.
Memperbaiki Perkembangan Sel
Chia seed merupakan salah satu sumber protein dan ianya selamat diambil kerana tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam setiap 28 gram hidangan chia seed yang diambil adalah bersamaan dengan 4.4 gram protein di dalamnya. Protein sangat baik untuk kesihatan otak selain meningkatkan perkembangan sel-sel dalam tubuh.
Kat mana nak beli Chia Seed?
FOREVER GIN-CHIA®
Boleh beli melalui kami : ORDER FOREVER GIN-CHIA
Meningkatkan Metabolisme Badan
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya terkandung dalam chia seed dan amat penting untuk kesihatan manusia. Pengambilan chia seed dalam satu hidangan (28 gram) adalah amat baik untuk tulang dan membantu badan menyerap nutrien lain seperti Biotin dan thiamin.
Mengurangkan Keradangan Kulit
Zat besi dan natrium dalam chia seed baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan kualiti sel darah merah. Selain itu, ia membantu mengurangkan keradangan kulit dan membuatkan kulit dan rambut nampak lebih sihat dan cantik.
Meningkatkan Daya Ingatan
Chia seed kaya dengan asid lemak Omega-3, iaitu hampir menyamai 5 gram dalam setiap satu auns hidangan. Lemak Omega-3 yang juga terdapat dalam ikan adalah amat penting untuk kesihatan otak anda di samping meningkatkan daya ingatan dan tumpuan yang lebih baik.
Mengawal Berat Badan
Tidak ada lagi kajian yang membuktikan chia seed boleh menguruskan badan tetapi ia mampu mengawal keinginan seseorang untuk makan dengan jumlah yang berat. Pengambilan chia seed yang konsisten membuatkan anda lebih berasa kenyang dan secara tidak langsung ia mampu mengawal berat badan untuk kurus.
Meningkatkan Tahap Kesihatan Jantung
Terdapat suatu kajian yang menyatakan bahawa chia seed terbukti dalam meningkatkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kesihatan jantung. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.
Baik Untuk Sistem Dalaman
Khasiat chia seed yang lain adalah ianya baik untuk sistem dalaman kita seperti melegakan refluks asid dan pedih ulu hati. Selain itu, pengambilannya juga dapat membersihkan arteri dan usus daripada toksik. Ciri-cirinya yang berlendir dan menyerap banyak air turut membantu menambahkan keanjalan dan pergerakan sendi. Chia seed juga mengandungi Alpha linolenic acid (ALA) yang baik bagi kesihatan organ vital agar iainya sentiasa berada dalam keadaan baik.
Melawan Diabetes
Chia seed telah dikaji oleh beberapa pakar perubatan dan ianya telah menjadi sebagai salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2. Pengambilan chia seed amat berkesan dalam menstabilkan gula dalam darah di samping melawan rintangan insulin pesakit diabetes.
Selamat Diambil Oleh Ibu Hamil
Wanita hamil adalah golongan yang paling digalakkan untuk mengamalkan chia seed kerana ia mengandungi:
- Banyak zat berkhasiat yang diperlukan oleh ibu dan bayi seperti
- Omega 3 untuk meningkatkan kecerdasan otak
- Zat besi yang membantu pergerakan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh
- Potasium yang melindungi otot jantung, mencegah tekanan dan diabetis.
- Anti-oksidan yang tinggi untuk menguatkan ketahanan badan ibu hamil supaya tidak mudah jatuh sakit sepanjang kehamilan.
- Kandungan serat yang tinggi mengelakkan gastritis, kembung perut dan pedih ulu hati.
Pengambilan bijian chia secara berterusan dalam jangka waktu yang panjang mampu merendahkan paras LDL (lipoprotein berketumpatan rendah) dan meningkatkan HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi) yang baik untuk kesihatan kardiovaskular kita.
Kat mana nak beli Chia Seed?
FOREVER GIN-CHIA®
Boleh beli melalui kami : ORDER FOREVER GIN-CHIA
Rujukan: rootofscience || profhariz
Mohd Ali N, Yeap SK, Ho WY, Beh BK, Tan SW, Tan SG. The Promising Future of Chia, Salvia hispanica L. Journal of Biomedicine and Biotechnology. 2012;2012:171956. doi:10.1155/2012/171956
Gambar: Google
Artikel Asal : http://cun.my/rupanya-ini-13-kebaikan-jika-amalkan-chia-seed/