Kibaran Jalur Gemilang : Dulu dan Kini

Suatu ketika dahulu, nyanyian lagu-lagu patriotik kerap berkumandang di media massa. Anak-anak sekolah ketika itu menghafal dan bersiul melodi lagu-lagu patriotik ini. Media massa ketika itu juga kerap menayangkan video dan ucapan-ucapan yang berkait rapat dengan semangat cintakan negara.

Dan dengan keadaan ini, semangat cintakan negara tertanam tanpa melihat warna parti dan warna kaum.

Oleh kerana ini, kibaran bendera Malaysia dilakukan dengan rela penuh semangat kebangsaan, dikibarkan di rumah-rumah, kedai-kedai, kereta dan lain-lain.

Malangnya, ketika ini, kibaran Jalur Gemilang, sangat kurang, menampakkan kekurangan jati diri rakyat negara Malaysia ini.

Bahasa Melayu tidak ditutur, tidak diguna dalam kebanyakan masa di sesuatu kawasan. Malah, ada rakyat Malaysia, yang tidak fasih malah tidak boleh langsung berBahasa Melayu. Lebih malang lagi, akibat sekolah berasaskan kaum ini, rakyat Malaysia terpisah dan ada dinding di antara pergaulan di antara kaum-kaum di Malaysia.

Ada satu-satu kawasan, tiada orang Melayu, tiada orang India, hanya ada kaum Cina yang bersekolah di sekolah Cina yang bertunjangkan silibus Taiwan atau China. Keadaan sebegini sangat merbahaya untuk perpaduan rakyat Malaysia. Jurang seperti ini bakal meruntuhkan jati diri dan semangat kenegaraan negara. Suatu ketika dahulu, Perdana Menteri Malaysia, mencadangkan agar ditubuhkan Sekolah Wawasan. Agar kaum-kaum utama di Malaysia ini dapat bersekolah di sekolah yang sama dan dengan silibus dan dasar kebangsaan Negara Bangsa. Malangnya, cadangan beliau ini ditolak kaum tertentu yang pasti mempunyai motif yang tidak berlandaskan kenegaraan Malaysia.

Dan kini, kita semua menanggung akibat keputusan yang menjarakkan jurang antara kaum di Malaysia ini.

Adakah masih ada rakyat negara ini yang CINTAKAN NEGARA melebihi cintanya kepada warna parti dan kaum?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 03/11/2019

Pesan Seorang CEO

Pesan seorang CEO sebuah syarikat multinasional tentang penyampaian idea perniagaan.

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?