Kain Pelikat

2005. Tahun aku menerima pemberian kain pelikat ini daripada arwah nenek aku. Aku rapat dengan arwah. Selalu kacau masa dia memasak, tempat aku “ngacung” – mengadu domba jika aku bergaduh dengan abang2 aku. Hahahaha

Arwah nenek juga sumber kopi terhebat aku. Memey sedap kopi dibuat oleh nenek. Dulu2 nenek buat sendiri kopi dia.

Kain pelikat ni adalah kain pelikat kegemaran aku. Setiap Jumaat, setiap kali hari raya, kain biru inilah yang aku pakai. Walaupun kain ini nenek yang bagi, tapi sebab aku ni jenis simple tak tukar – jika dah suka akan kekal suka, maka tahun 2007, nenek pun sound – “Bu takdop kain lain ko? Duk paka hok ni jah”

Hahahaha  sampai naik muak tengok aku pakai kain ni. Aku jawab simple je, tak rosak lagi, jadi tak tukar le. Nenek pun buat muka la dengan cucu dia ni.

Aku pasti arwah nenek pasti pengsan kalau dia masih ada dan  tahu, tahun 2018, raya haji ni aku masih pakai kain pelikat biru ini.

Doa kasih dan salam untuk arwah nenek ku.

 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 08/02/2021

Terima Kasih Cikgu

Antara sikap “CIKGU”, “GURU” yang ambo hormati.Guru sekolah bukan sekadar jawatan untuk mengajar para pelajar.…

Wan 08/01/2019

Kesan Laminine

Walaupun takde penyakit serius, ambo makan Laminine untuk rasa sendiri kesannya, setelah ibu ambo dan…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?