
Pada 15 April 2025, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu penghinaan terbuka terhadap simbol kedaulatan negara apabila akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit — simbol penting yang melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Dan apakah reaksi Kementerian Komunikasi?
Bukan siasatan serta-merta.
Bukan tindakan tegas atau denda.
Sebaliknya — hanya menganjurkan sesi taklimat khas dalam masa dua minggu lagi.
Adakah ini satu jenaka atau pengkhianatan yang sedang dilindungi dengan alasan “kesilapan teknikal”?
Bila Orang Melayu atau Islam Terlibat, Kenapa Pantas Tindakan Diambil?
Kita masih ingat kes di mana, kes pengacara Era FM menyaksikan tindakan pantas oleh MCMC dengan pengenaan denda yang tinggi.
Tapi apabila sebuah akhbar arus perdana menghilangkan bulan sabit dari bendera rasmi negara?
Hanya diberi “sesi taklimat” dan permohonan maaf. Itu sahaja?
Taklimat Bukan Hukuman, Ia Jalan Keluar untuk Penjenayah Simbol Negara
Apa akan berlaku jika:
- Bulan sabit diganti dengan lambang lain?
- Gambar Agong dipadam dari poster rasmi?
- Rukun Negara diubah isi kandungannya?
Apakah kita akan dengar:
“Kami akan buat taklimat khas agar semua faham maksud Rukun Negara dengan lebih baik.”
Ini bukan masa untuk “mendidik”, ini masa untuk bertindak.
Rakyat Mahu Tindakan, Bukan Alasan
Kami rakyat Malaysia, tak kira kaum atau agama, menuntut:
- Siasatan segera dan terbuka terhadap Sin Chew Daily dan semua pihak yang terlibat.
- Denda maksimum atau pembatalan lesen penerbitan jika terbukti cuai atau berniat jahat.
Cukup-Cukuplah Double Standard
Ini bukan isu kaum. Ini bukan isu politik. Ini isu kedaulatan negara dan penghormatan terhadap agama Persekutuan.
Jika kerajaan hari ini tidak berani bertindak terhadap media besar berbahasa Cina, sedangkan rakyat biasa digasak tanpa belas, maka rakyat akan hilang kepercayaan. Bukan saja kepada Kementerian Komunikasi — tapi kepada seluruh sistem keadilan negara.