Insentif Sifar Buli: Insentif Atau ‘Penyembunyi’ Kes?

Facebook
Threads
WhatsApp

Idea Menteri Pendidikan, untuk memberi insentif kepada sekolah yang mencapai sifar buli mungkin kelihatan mulia di permukaan, tetapi realitinya, idea ini adalah satu langkah yang berisiko dan tidak praktikal. Ia ibarat menawarkan ganjaran untuk sekolah yang ‘pandai berlakon’.

Daripada menggalakkan budaya melaporkan dan menangani kes buli secara terbuka, inisiatif ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada pihak sekolah untuk ‘mencapai sasaran’ sifar buli. Bagaimana ia akan dicapai? Dengan menyembunyikan kes, meminimumkan laporan, atau menyelesaikan kes secara dalaman tanpa rekod rasmi, semata-mata untuk mendapatkan anugerah dan pengiktirafan.

Kesannya, masalah buli tidak akan diselesaikan. Ia akan disapu di bawah karpet, dibiarkan berakar umbi tanpa tindakan yang sewajarnya. Mangsa buli akan terus menderita dalam diam, dan pembuli akan merasakan mereka boleh terlepas dengan tindakan mereka.

Kita tidak mahu sekolah menjadi tempat di mana statistik lebih penting daripada keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

Apa yang kita perlukan bukanlah insentif untuk sifar kes, tetapi insentif untuk ketelusan dan keberkesanan dalam menangani setiap kes buli yang berlaku.

Kita perlukan sokongan kepada guru dan kaunselor, sistem laporan yang selamat dan sulit untuk pelajar, serta program pendidikan anti-buli yang berterusan.

Hanya dengan cara itu kita boleh mencipta persekitaran sekolah yang benar-benar selamat, bukan sekadar ‘nampak selamat’ di atas kertas.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x