Berbuka puasa tak sempat habis, Aydi mengamuk, ada peel baru, siap pukul mommy dia, pukul abang, pukul kakak, Aydi anggap memukul itu satu game untuk dia. Dari mana dia belajar? Aku yakin, dari youtube, walaupun Aydi hanya dibenarkan menonton Youtube Kids, tapi dalam tu rupanya banyak yang tidak sesuai dengan budak kecil.
Waktu berbuka, Aydi teruskan perangai baru, nak dengan mommy je, tapi menangis dan pukul mommy.
Sebagai bapa, aku kena pastikan Aydi memahami bahawa memukul itu bukan satu permainan. Dimarahi, dia mengamuk, keraskan badan. Lalu, aku ambil keputusan untuk letakkan dia dalam bilik dan tutup pintu, sebagai denda.
Dari luar terdengar suara kecil Aydi memanggil,
“Wae…. Wae… sakit… “
Apa yang sakit pun tak tahu lah, bukannya kena pukul. Hehehehe.
Aydi dibiarkan di sebalik pintu, tak sampai 2 minit, aku pegang pintu, sambil hati ini menangis, mendengar suara kecil si anak memanggil, memang meluluhkan hati. Tapi kenalah kuat untuk didik anak.
Selepas 1-2 minit aku buka pintu, dan Aydi hulurkan tangan, aku dukung dan bawa kepada mommy, masih marahkan mommy. Dengan renungan tajam dan hentakan badan, mommy peluk kuat2, dan biarkan Aydi perlahan-lahan lepaskan kegeramannya, beberapa saat kemudian Aydi diam, kemudian menyusu dan tidur. Habis bateri la tu…
3 Mei ini hari jadi mommy, manakala Aydi punya birthday pula 5 Mei. Haishh. Orang bulan 5 ni memang keras hati betul. Molek lah. Hari ni Aydi dan mommy berperang, daddy? Gi keluar sambung makan. Lapar neh….