Bertaqwa – Rezeki Tanpa di sangka-sangka

Di dalam Al-Quran, terdapat pengajaran, amalan dan cara hidup yang diturunkan Allah SWT kepada hamba-hamba-NYA yang mahu berfikir. Dan dalam menjalani kehidupan di dunia ini, ujian dan cabaran akan hadir dalam kehidupan kita.

Bagaimana caranya kita boleh menyelesaikan masalah, cabaran dan kesulitan rezeki ini? Allah SWT telah pun memberikan caranya melalui ayat At-Talaq: 2-3.

Pengajaran yang kita dapat adalah;

1. Bertaqwa – Allah SWT telah berjanji kepada sesiapa yang takut untuk buat kejahatan dan suka untuk buat kebaikan, maka diberikan jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

2. Bertawakkal – Allah menjanjikan pertolongan dan kecukupan kepadanya.

3. Ketentuan – Kita berusaha dan hasilnya adalah ketentuan Allah.

Daripada ayat-ayat di atas, bolehlah kita simpulkan, ada 2 perkara yang boleh dilakukan untuk meraih janji Allah ini:

A) Lakukan perkara yang Allah suka, lakukan banyak-banyak.

B) Tinggalkan perkara yang Allah benci dan larang.

Insyaallah janji Allah ialah DIA akan berikan dan penuhi permohonan kita, cukupkan kehidupan dan berikan pertolongan kepada kita di saat-saat yang tidak kita sangka.

Wallahu a’lam bish-shawabi. 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 05/01/2023

Impian vs Usaha

Tadi. Jumpa kawan zaman sekolah dulu2. Kami sembang2 sambil bertukar pendapat. Member nak bertanya tentang…

Wan 03/06/2018

Blog WANniaga

Salam semua. Alhamdulillah. Versi terbaru Blog WANNIAGA hampir siap sepenuhnya, cuma ada beberapa perkara perlu…

Wan 23/01/2020

Terus Buat!

Kebanyakan orang berasa tidak berdaya dalam kehidupan mereka. Seolah-olah mereka tiada kawalan ke atas kehidupan…

Wan 03/09/2018

Dilema Kami

Sampai ke bank, terus ke mesin deposit untuk masukkan duit, tengah tunggu mesin duk kira…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x