Cara Berfikir Di Tahap Yang Ingin Dicapai

Salam Subuh. Bangun pagi dengan minda yang betul menaikkan peluang kita dalam perjalanan menuju cita-cita. Saya rasa agak ramai yang telah terdedah dengan 4 kuadran yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki ini. Bukan, ini bukan tentang di tahap mana kita sekarang, tetapi penulisan saya pagi ini adalah di mana tahap minda atau cara berfikir kita […]
Penawar Penyakit. Satu Perjalanan.

Sudah lebih 30 tahun, saya amalkan pemakanan kesihatan, sudah cuba pelbagai jenama. Doktor2 boleh kata apa sahaja, tetapi kita hidup jalan sendiri, kita lalui pengalaman sendiri. Dan pengalaman hidup saya melihat ibu kena strok tidak boleh bangun, akhirnya sihat dengan pemakanan kesihatan. Berulang kali.
i am not good enough!

Menjadi ibu bapa adalah anugerah terindah. Pun begitu, ianya juga satu tanggungjawab yang besar. Tiada manual dalam menjadi seorang bapa atau ibu yang terhebat dan terbaik. Tiada manual seperti manual penjagaan kereta, tukar minyak hitam setiap sekian km. Tukar plug sekian km. Tiada. Kerana tiada seorang anak pun yang sama, perangainya, sikapnya, jiwanya, intelektualnya, bicaranya, […]
Perbaharui Lesen Memandu Hantar ke MyJPJ

Lupa.. lesen memandu dah luput. Jadi perbaharui je melalui dalamtalian. Dan pilih pilihan tidak cetak, sebalik dihantar ke aplikasi MyJPJ. Aaa.. lepas ni takde dah lesen memandu fizikal. Pastikan bateri telefon sentiasa cukup untuk paparkan lesen memandu digital ketika diminta oleh pihak berkuasa.
Ubah DNS : 1.1.1.1

Ada ketikanya, anda memerlukan akses kepada website yang disekat 🫢. Contohnya website perdagangan di luar negara.Dan kebanyakkan masa, anda memerlukan satu hubungan internet yang tidak boleh dipantau oleh sesiapa pun, kecuali Allah SWT, jadi gunalah aplikasi ini untuk kebaikan.
Saksi di Akhirat Nanti

Sedang Aydi bermain2 dengan 2 ekor kucing kesayangannya dan kakak abang dia, ambo tergerak hati panggil Aydi masuk ke dalam pagar rumah. Tak sampai 3 saat Aydi masuk, sebuah kereta merah meluncur melanggar smokey, menggelupur dan senyap. Aydi saksikan semua itu. Allah Maha Besar, kereta tu memang terus je bergerak macam melanggar batu je. Apakah […]
MLM – Tiga Huruf Berhantu

Salam semua. Ramai yang takut dengan tiga huruf ni, padahal MLM hanyalah singkatan kepada Multilevel Marketing. Salah satu kaedah memasarkan produk dan servis dari sebegitu banyak kaedah pemasaran yang ada. Kaedah pemasaran MLM ni, mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan hinggakan bank pun ada guna, syarikat insurans pun guna dan banyak lagi syarikat lain yang menggunakan […]
Dan Nasihat Ilmu

Di majlis ilmu peluang pendapatan lumayan melalui perdagangan kripto semalam, ambo berkongsi sedikit pengalaman dengan para peserta. Ambo berkongsi bahawasanya amat berbeza antara mempunyai ilmu dengan tanpa ilmu. Apabila berilmu, anda mampu mendengar sesuatu peluang dan menilai peluang tersebut dengan objektif. Dan dengan ilmu juga anda boleh menolak skim cepat kaya yang berselindung atas nama […]
Kekuatan Tinggi

Wan Aydi Ulwan. Nama diberi. Aydi adalah nama Arab untuk lelaki dan perempuan yang bermaksud “tangan”, “kekuatan”, “kuasa”. Ia adalah perkataan yang digunakan 68 kali dalam al-Quran dan merupakan jamak daripada Yad (“tangan”, “kuasa”). Manakala Ulwan ialah nama Arab untuk lelaki. Makna nama Ulwan ialah: “Tinggi”. Wan pula adalah pangkal nama keturunan. Jadi maksud nama […]