Saya adalah penggemar teknologi. Saya suka berikan kebebasan kepada anak2 saya untuk mencuba, guna, belajar benda2 baru, terutamanya dalam teknologi.
Namun begitu, saya agak lewat dalam memberikan kebenaran untuk anak2 saya menggunakan smartphone mereka. Dan juga agak lambat untuk membenarkan mereka guna Whatsapp.
Namun begitu, kerana pentingnya komunikasi, akhirnya saya bagi kebenaran untuk Ariq dan Damia untuk guna Whatsapp.
Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan teknologi untuk mendisiplinkan mereka dalam penggunaan smartphone. Saya hadkan penggunaan sesuatu app dalam sehari dan saya juga hadkan penggunaan smartphone secara total sehingga jam 930 malam sahaja. Kerana anak2 saya sudah boleh tidur jam 930 malam. Mereka akan dan mampu bangun jam 5 pagi untuk membaca Al-Quran dan bersiap ke sekolah.
Fungsi terbaru iOS 12 ini membantu saya, aktifkan fungsi Screen Time, maka phone anak2 saya tidak lagi boleh digunakan selepas jam 9:30 malam. Kecuali untuk buat panggilan dan SMS.
Smartphone ibarat pisau… guna secara baik, hasilnya baik. Salah guna, hasilnya akan beri kesan kepada anak2 kita.