6 Cara Kawal Emosi

Setiap manusia ada “drama” dalam kehidupannya, pasti ada sesuatu konflik yang berlaku menyebabkan kemarahan, tekanan dan emosi yang terganggu. Jika tidak dikawal dengan baik, emosi terganggu boleh menyebabkan kita hilang pertimbangan dan akhirnya keluar kata-kata dan berlakulah perbuatan yang akan kita kesali apabila emosi kembali tenang dan akal kembali berkuasa.

Kekecewaan, konflik, ketakutan, marah, rasa dikhianati, malu – adalah perasaan manusia yang akan keluar apabila berlaku sebarang pertelingkahan di antara dua atau lebih individu di tempat kerja , dalam perniagaan dan lain-lain. Ini adalah normal sebagai manusia, kerana kita memang mempunyai perasaan – namun, semua emosi ini perlu dikawal oleh fikiran yang bijaksana. Untuk mengawalnya, ada beberapa tips yang boleh membantu kita,

1.Bertenang dan berdiam diri untuk 10 saat.

Ketika sedang dilanda emosi, badan kita akan tertekan dan proses kimia badan berlaku dan memberi tekanan kepada pemikiran kita, jika kita bertindak balas dan berkata-kata ketika suasana tegang, maka ketika inilah keadaan menjadi tidak terkawal, jadi berdiam diri untuk 10 saat bagi memberi masa kepada badan untuk tenangkan proses kimia dan membenarkan fikiran kita kembali tenang. Malah Nabi SAW juga telah mengajar kita untuk DIAM ketika marah –  “Ajarilah (orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah.” (HR. Ahmad).

2. Beri maklum balas dan bukannya dengan tindak balas.

Ketika dalam keadaan emosi yang marah, kita akan cepat bertindak balas – jika ini berlaku, maka emosi telah menguasai tindak balas kita menjadikan kita singkat fikiran, jadi jangan bertindak balas, tetapi beri maklum balas. Dengan memberi maklum balas, kita lebih tenang kerana menyatakan dengan fikiran berbanding emosi.

3.Tanya, “Awak ok ke?”.

Ketika diserang oleh mereka yang sedang marah, kita jangan jatuh bersama dalam dunia emosi, tetapi tanya mereka, “Awak ok ke?” dan “Apa yang telah berlaku?”. Dengan soalan ini, teruskan mendengar apa luahan mereka tanpa apa-apa penilaian dan cuba sebaiknya untuk memahami dan empati. Dengan cara begini, mungkin kita dapat sebab sebenarnya berlakunya drama.

4.Kekal berkata-kata dengan FAKTA.

Berkata-kata dengan fakta. Dengan fakta, kita akan lebih tenang apabila kita tahu yang kita telah berkata-kata benar. Malah dengan berkongsi kebenaran, penyelesaian menjadi lebih mudah.

5.Lihat pada isu secara keseluruhan.

Pandang dan cuba selesaikan drama konflik dengan melihat isu secara keseluruhan. Dengan melihat isu yang lebih luas, kita akan nampak objektif yang ingin dicapai, dan cara penyelesaian yang lebih baik.

6.Ubah posisi badan.

Jika suasana drama semakin menekan, ubah posisi kita, jika sedang berdiri, maka duduklah, jika sudah duduk cuba berbaring dan tarik nafas.

Tips tambahan, berwudhuklah. “Kemarahan itu daripada syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api boleh  dipadam dengan air, maka kalau kalian marah berwudlulah.” (HR. Abu Dawud).

Semoga, kita berubah menjadi individu yang lebih baik ketika menangani sebarang konflik dan drama dengan lebih tenang dan bijaksana.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 25/02/2021

Bateri Macbook

Ada yang kata, jangan sentiasa cucuk cable charger pada macbook, nnt cepat rosak bateri. Ambo…

Wan 17/12/2018

Masa tu nyawa dik oiii

Alhamdullillah. Selesai juga pemasangan unifi, walaupun berlaku sedikit kekeliruan. Nak jadi cerita, pihak tm telah…

Wan 27/08/2018

Beza Barang Bermutu

Memang berbezalah guna produk yang bermutu berbanding yang tidak bermutu. Tapi kan itulah sikap orang…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?