Ubat Kepada 99 Penyakit

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kadang-kadang kita terlupa satu amalan yang sangat besar manfaatnya kepada kita. Banyak hadith Nabi SAW yang memberitahu akan besarnya faedah bacaan;

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ

 lā ḥawla wa-lā quwwata ʾillā bi-llāhi l-ʿaliyyi l-ʿaẓīmi

Yang bermaksud;

“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”

Ucapkanlah bacaan ini ketika anda mahukan perubahan:

  • Ketika anda lemah untuk menjadi kuat.
  • Ketika anda sakit untuk menjadi sihat.
  • Ketika anda ingin satu-satu perubahan dari satu-satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
  • Dan apa jua hajat dan permintaan, bacalah bacaan ini.

Kerana, anda dan saya memintakan terus kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Agung dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH.

Perhatikan hadith-hadith yang menggambarkan kelebihan bacaan ini.

Pembuka Rezeki

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”

(Hadis Riwayat: At-Tabrani)

Ubat Kepada 99 Penyakit 

Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”

(Hadis Riwayat: At-Tabrani)

Menanam Pokok Di Syurga

Telah berkata Abu Ayyub al Ansari bahawa pada malam Israk, Rasulullah saw berlalu melintasi Nabi Ibrahim as lalu Nabi Ibrahim bertanya, “Siapakah org yg bersamamu itu wahai Jibril? Ini Muhammad, jawab Jibril. Nabi Ibrahim lalu berkata,” Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok disyurga. Maka Nabi saw bertanya, “Bagaimana menanam pokok disyurga? Nabi Ibrahim menjawab,” Ucapkan kalimat La hawla wa la quwwata illa billah

(HR Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Salah Satu Perbendaharan Syurga

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Membawa Kemuliaan

Membaca “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.

Siti Aisyah r.anha menceritakan:

“Nabi s.a.w. adalah orang yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t dalam setiap waktuNya”.

(Al-Hadith)

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 02/11/2020

Ilmu di mana sahaja

Dalam perniagaan, ilmu sangat penting. Tak kisahlah korang ni dah jadi leader dalam syarikat terdahulu,…

Wan 09/09/2018

Daulat Tuanku

Merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?