Tingkatkan Jualan dan Kekalkan Pelanggan Setia

Hari ni jumpa pelanggan lama yang setia  di kedai Cosway Pengkalan Kubor. Cikgu Sarbanon adalah pelanggan lama Cosway Pengkalan Kubor dan setiap bulan pasti akan ke kedai untuk membeli pelbagai produk keperluan rumah daripada Cosway. Cikgu Ba baru sahaja pencen, jadi kami banyak bersembang pasal Cosway dan kenapa beliau masih setia menggunakan produk Cosway sejak puluhan tahun dulu, ya puluhan tahun ya. Macam ibu saya sendiri sejak tahun 1980-an lagi.

Jadi saya bertanya kepada Cikgu Ba kenapa beliau kekal setia dengan produk Cosway, memandangkan banyak sudah timbul pasaraya dan pesaing-pesaing lain. Jawapan kak Ba sangat simple – Kerana Cosway memberikan kupon penebusan yang tinggi nilainya hasil dari pembelian kita, dan kita tukar barang percuma dengan kupon tersebut.

Sejak dulu, inilah kupon penebusan yang digunakan Cosway untuk beri ganjaran kesetiaan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Kupon fizikal ini digunakan sejak awal penubuhan Cosway sejak 1979 lagi. Dan kini, tahun 2018, Cosway telah berubah menggunakan kupon maya dan disimpan di dalam profil pelanggan. Jadi setiap pembelian pelanggan mereka, kupon akan diberi dan disimpan secara  online. Pelanggan boleh menyemak jumlah kupon mereka melalui Profil Pelanggan di laman web Cosway.

Apa yang boleh kita pelajari?

Apa yang boleh kita pelajari daripada cerita di atas? Sebagai usahawan dan pemilik perniagaan, kita wajib mencari jalan untuk menaikkan jumlah jualan dan seterusnya mengekalkan pelanggan-pelanggan sebagai pelanggan setia. Dan daripada cerita di atas, Cosway telah lakukan perkara ini sejak 1979 dan mereka kekal sebuah syarikat yang berdaya saing sehingga kini. Apa yang mereka buat? – KUPON PENEBUSAN GANJARAN!

Masalah?

Untuk buat sistem penebusan ganjaran ini, kosnya agak tinggi dan sudah semestinya untuk pemilik perniagaan kecil dan sederhana, perkara ini akan menjadi halangan utama. Dan masalah kedua adalah, kita nak guna platform mana untuk buat sistem ini – laman web atau mobile app?

Seperti yang anda semua tahu, sekarang ini, setiap orang sudah ada smartphone di tangan masing-masing. Adalah lebih mudah bagi para pelanggan ini install mobile app, register dan login sekali sahaja. Lain kali mereka hanya perlu buka sahaja apps milik perniagaan itu untuk semak dan beli barang, tidak perlu lagi buka browser dan taip URL dan login setiap kali nak buka Profil mereka. 

Jadi, jawapannya adalah mobile app adalah masa hadapan setiap perniagaan!

Penyelesaian!

Untuk selesaikan masalah kos ini, kami di WANNIAGA menyediakan perkhidmatan bina mobile app dengan harga yang amat berpatutan, sesuai dan mampu milik oleh semua pemilik perniagaan.

Tambahan kepada kos rendah ini, kami menyedia pelbagai fungsi yang mampu menjadikan mobile app jenama anda yang terbaik!

5 Fungsi Mobile App yang mampu membantu perniagaan anda!

Semua fungsi ini kami sediakan dalam satu pakej mudah dan murah – Pakej Mobile App Advanced!

Pelanggan anda boleh install mobile app jenama anda dan daftar kemudian login(1), di sini anda akan dapat kumpul pengkalan data (database) pelanggan. 

Kemudian pelanggan boleh ke bahagian Member Profile (2) mereka, ini menjadikan mereka berasa jenama anda adalah jenama mereka juga.

Pelanggan seterusnya boleh beli secara online(3) melalui mobile app jenama anda. Ini akan memudahkan mereka dan meningkatkan jualan anda.

Setelah beli, mereka boleh kumpul mata ganjaran(4) yang anda sediakan, ini akan menjadikan mereka pelanggan setia. 

Seterusnya, anda bolehlah hantar sebarang promosi dan makluman secara terus ke smartphone pelanggan menerusi fungsi Personal Push Notfication(5), mereka akan buat “repeat order” apabila berasa menerima layanan istimewa daripada anda. Tidak perlu lagi guna Whatsapp atau apa-apa app chat untuk hantar promosi – guna mobile app jenama anda sendiri!

Hebat bukan?

Jadi apa tunggu lagi, letakkan jenama anda setaraf dengan McDonald/Starbuck/Ikea/Tesco dan lain-lain yang sudah ada mobile app mereka sendiri. Jenama anda pun boleh.

Bina mobile app jenama sendiri!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 10/03/2024

i am not good enough!

Menjadi ibu bapa adalah anugerah terindah. Pun begitu, ianya juga satu tanggungjawab yang besar. Tiada…

Wan 14/10/2018

Ruam Lampin Bayi

Sejak ada baby kecik ni, ruam lampin sekali lagi menjadi perkara biasa.Walaupun, saya ni ketakutan…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?