Tinggal di Kampung, Anak Emak

Anak emak. Anak bapa. Manja. Tak berkembang. Macam mana nak maju.

Itulah antara kata-kata yang saya dapat kerana saya tinggal di kampung dekat dengan ibu bapa saya. Oh ya, saya ini sekarang tinggal di kampung asal, tinggal di rumah dekat dengan ibu bapa saya. Ibu berusia 76 tahun, bapa 74 tahun. Kedua-dua ada pasang surut kesihatan mereka. Namun, alhamdulillah ketika ini, kedua-duanya sihat cara orang tua, dan ibu saya pada tahun ini mampu ke masjid untuk melakukan solat tarawih selepas beberapa tahun tidak sihat dan hanya buat tarawih di rumah sahaja. Semua ini selepas diperkenalkan dengan Laminine dengan izin Allah SWT. Ayah masih mampu memandu ke sana ke mari membawa buah hatinya.

Kesihatan, kegembiraan kedua orang tua saya inilah yang menjadi faktor terpenting saya masih kekal di kampung Pengkalan Kubor ini. Walau pun bidang perniagaan saya lebih dalam bidang internet dan teknologi.

Seperti yang ramai ketahui, peluang pekerjaan di Kelantan, terutamanya jajahan Tumpat, amatlah terhad, dalam semua bidang apatah lagi dalam bidang teknologi. Oleh itu, mencari sumber kewangan di sini amat mencabar. Jangan silap faham, rezeki ada di mana-mana. Dan ada yang kaya raya tinggal di sini. Namun, ianya bidang perniagaan lain.

Oleh itu, jika seseorang mahu kekal tinggal di sini, dia perlu mencipta pekerjaan sendiri.

Saya berniat, wajib untuk saya terus tinggal di kampung kerana hanya saya dan keluarga saya yang dekat dengan ibu bapa. Ketika mereka sakit, ketika mereka sunyi, apa sahaja keadaan.

Oleh itu, saya telah cuba pelbagai perniagaan yang sesuai dengan tempat tinggal saya. Antara perniagaan yang sedang saya jalankan adalah perniagaan online. Saya mempunyai pelbagai lubang pemasaran online ini. Dan antara yang saya bina sekarang ini adalah Kedai WANniaga. Melalui kedai online ini saya boleh memasarkan produk2 ke banyak buah negara hanya dengan duduk di rumah dan melayan karenah anak-anak dan juga menemani kedua orang tua saya.

Namun begitu, pengalaman mengajar kita.

Untuk proses berjaya, sebuah perniagaan wajib mempunyai sistem yang memudahkan pengurusan sesebuah perniagaan online. Jika tidak, anda akan tidak punya masa untuk keluarga.

 

Sistem order yang lengkap, memudahkan kerja

Dan inilah yang saya telah lengkapkan perniagaan saya ini, satu sistem otomatik di mana bolehh uruskan banyak order dalam masa yang singkat dan mudah, agar saya punyai masa untuk keluarga.

Insyaallah, rezeki ada di mana-mana, kerana yang beri rezeki adalah ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah.

Jadi katalah apa sahaja, saya masih di sini…….

Ewah… heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda mungkin menyukai ini...

wanniaga 22/08/2018

Kain Pelikat

Aku pasti arwah nenek pasti pengsan kalau dia masih ada dan tahu, tahun 2018, raya…

wanniaga 02/09/2018

Manisnya Kejayaan

Kegagalan, halangan, cabaran dan kepayahan memang melemahkan, dan hanya dengan memusatkan tumpuan kita kepada manisnya…

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?