Antara sikap “CIKGU”, “GURU” yang ambo hormati.Guru sekolah bukan sekadar jawatan untuk mengajar para pelajar. Guru2 adalah sumber ilmu, sumber akhlak dan segala macam rujukan untuk para pelajar.Ini adalah sahabat sekolah2 ambo dahulu.
Ambo cukup hormat guru2 yang sentiasa menambah ilmu di dada. Kerana adalah wajib bagi guru2 untuk sentiasa belajar benda2 baru, barulah ilmu yang diperturunkan kepada para pelajar ditambah nilai dengan ilmu baru dan bukan hanya terhad kepada buku teks yang bertahun2 usianya.
Sebagai anak kepada guru, mok dan pok ambo adalah guru, ambo dapat pengalaman bagaimana bantu Cikgu Hanisah bawa pelbagai alat bantu mengajar ke sekolah, macam2 jenis. Malamnya, berjam-jam buat pelbagai persediaan alat bantu mengajar, carta, lukisan dll.
Sekarang ni, guru2 guna video, animasi, youtube, dll untuk buat alat bantu mengajar seperti guru2 zaman sebelum ini.
Walau apa pun caranya, guru2 yang hebat dan jujur ini wajib kita sebagai ibu bapa ucapkan terima kasih kerana usaha mereka.
Tahniah kepada guru2 yang berusaha mendidik dan memberi ilmu walau apa pun cabarannya..