Dalam kehidupan kita sebagai manusia, kita pasti ada ibu dan bapa yang melahirkan kita. Sama ada mereka masih bersama atau telah dijemput Allah SWT, kita tetap ada ibu dan bapa. Setiap saat, setiap hembusan nafas kita, sesungguhnya tidak berguna jika kita sombong dengan ibu bapa kita.
Ya, mereka mungkin nelayan, mereka mungkin petani, pembuat kopi, atau apa sahaja kerja bapa dan ibu kita, tapi dengan kerja itulah, kita dibesarkan dan disayangi sehinggalah kita berada di tempat kita sekarang ini.
Luluh hati apabila melihat ada yang derhaka kepada ibu dan bapa, ada yang membentak dan meninggikan suara. Kerana kehendak hati tidak diikuti oleh bapa dan ibu? Kerana pegangan diri nampak lebih tinggi dari bapa yang tidak bersekolah hanya pandai mengibas roti canai?
Wahai anak… tidak layak sama sekali untuk sombong dengan ibu dan bapa. Kerana syurga berada pada kedua-duanya. Apakah kalian tidak mahu ke syurga?
Lakaran kartun di bawah lebih dari sekadar lakaran, ia membawa mesej sebesar gunung seluas lautan. Sayangilah ibu bapa, hormati mereka, doakan untuk mereka. Wang ringgit tiada nilai untuk mereka, hanya doa seorang anak yang soleh lebih besar nilainya dari seluruh dunia ini.
Kredit untuk pelukis : https://www.facebook.com/galerisentuhanarifsan/posts/1163032557196196