Seruan untuk Islam dan Melayu, Bukan untuk Parti

Reka bentuk tipografi berwarna-warni dengan mesej "Seruan untuk Islam dan Melayu, bukan untuk parti" dalam pelbagai gaya huruf hiasan. Perkataan "ISLAM" berwarna hijau, "DAN" dan "PARTI" dalam tona biru, manakala huruf lain dihiasi dengan corak bintang dan motif Islamik, termasuk ikon masjid dan burung di latar belakang putih.

Saya menulis bukan atas nama mana-mana parti. Saya bukan penyokong tegar sesiapa. Saya juga tidak menyerang sesiapa secara individu. Tapi saya menegur—kerana saya sayang. Saya menulis demi Islam, demi Melayu, demi masa depan anak cucu bangsa bumiputera. Namun apa yang terjadi di ruangan komen?

Label. Tuduhan. Fitnah. Perpecahan.

Saya tegur tentang gaji menteri disulami dengan pelbagai “subsidi” – datanglah tentera siber menyangka saya menyerang kerajaan pilihan mereka.

Saya bicarakan tentang pemimpin Melayu yang leka – dibalas dengan kata-kata “kau pembangkang ke ni?”

Saya kupas kegagalan sistem tanah – muncul pula yang kata “kau anti itu dan ini”.

Sedangkan, saya tidak menyebut mana-mana parti pun. Saya bercakap tentang prinsip, bukan parti. Saya menyeru kepada kebenaran, bukan fanatik kepartian.

Kenapa Kita Begitu Mudah Terasa Bila Ada Teguran?

Kerana kita terlalu selesa meletakkan parti lebih tinggi daripada ISLAM dan bangsa.

Bila disebut “pentadbir gagal jaga tanah rizab”, terus ada yang melenting kerana kerajaan itu datang dari parti yang mereka sokong.

Bila dikatakan “orang Islam tidak dibela dalam isu-isu mahkamah”, terus disangka ini serangan terhadap kerajaan semasa.

Apakah agama dan bangsa ini milik parti politik semata-mata?

Adakah bila saya tegur satu isu yang betul-betul berlaku dalam masyarakat, saya automatik jadi penyokong pihak lawan?

Kita semakin hilang keupayaan menilai isu secara objektif.

Bangsa Lain Satu Hati, Kita?

Lihat bagaimana persatuan kaum lain bergerak – mereka ada hala tuju ekonomi, pendidikan, institusi sendiri, dan kekal fokus walaupun siapa yang memerintah.

Mereka tidak tunggu parti politik untuk bertindak.

Tapi kita? Kita tunggu “parti kita naik”. Kita sangka bila “parti kita naik”, semua masalah selesai. Sedangkan realitinya, tiada siapa akan selamat jika umat sendiri terus berpecah.

Saya Menulis Sebagai Anak Melayu Islam.

Saya menulis kerana saya bimbang. Bimbang masa depan kita semakin kabur bukan kerana orang luar, tetapi kerana kita sendiri.

Saya menulis kerana saya yakin suara yang ikhlas akan tetap sampai ke hati orang yang masih mahu berfikir.

Saya menulis kerana saya percaya kita masih ada harapan, jika kita kembali letakkan Islam dan bangsa di tempat yang sepatutnya. Bukan di bawah bendera parti, tapi di atas nilai kebenaran.

Kalau kamu marah kerana saya tegur pemimpin, tanyakan pada diri – adakah kamu marah kerana mereka salah, atau kerana kamu terlalu setia tanpa soal?

Kalau kamu tidak bersetuju, itu hak kamu. Tapi janganlah terus melempar tuduhan yang melampau. Mari kita bina budaya debat yang matang.

Saya bukan anti mana-mana parti. Tapi saya anti penipuan, anti kelekaan, anti pengkhianatan.

Kerana saya hanya mahu satu:
Bangsa Melayu Islam bangkit kembali—dengan akal, dengan akhlak, dan dengan perpaduan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x