Selamat Menyambut Hari Merdeka – Saya Anak Malaysia

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Pagi ini sarapan bersama Tok Wae dan Tok Chik di taman, Aydi dan geng diberikan bendera Malaysia, ambo pun pasang lagu patriotik – apa lagi bebudak ni pun melompat2 sambil kibar bendera. Ambo terus rakam video dan edit buat video Kami Anak Malaysia Aydi dan Geng.

Begitulah anak2 kecil mengibar bendera, mereka mungkin tidak lagi faham apa itu merdeka. Bagaimana moyang, datuk, nenek mereka merasai zaman penjajahan, zaman kezaliman dan zaman kesusahan, mereka tidak lagi faham, adalah menjadi tanggungjawab kita ibu bapa mengingatkan mereka akan perjuangan penat lelah dan pengorbanan nyawa dan darah oleh pejuang2 negara agar rasa syukur timbul dalam jiwa.

Bangsa yang tidak belajar sejarah, tidak tahu erti perjuangan adalah bangsa yang lemah dan bakal dijajah lagi.

Sematkan semangat perjuangan dan jati diri ke dalam diri setiap anak2 Malaysia kerana apabila semboyan perjuangan berbunyi mereka tidak kekok dan lari dari perjuangan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

WHWI
2019

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 28/09/2022

Lambat Berubah

Aku cuba berubah. Aku juga mengharapkan keluarga aku berubah ke arah kebaikan. Tetapi, oleh kerana…

Wan 22/03/2021

Scammer BigPay

Hari ni scammer guna nombor 011 5797 7674 call dan mengaku daripada BigPay. Scammer murahan…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?