
Bawa kereta warga emas ambo untuk dibaiki di sebuah kedai baiki kereta baru di Pengkalan Kubor. Ayahanda ambo dah bawa kereta dia baiki di sini. Alhamdulillah dia kata puas hati, penyakit kereta dia dah sembuh.
Ambo pun bawa keta ambo sebab penyakit yang dah lama, dah ramai “doktor” kereta cuba buat, penyakit masih ada.
Kita try kedai baru pula. Kereta ambo ni ada masalah kebocoran minyak gearbox. Tak tahu kenapa mudah sangat bocor. Dah banyak kali gi pomen lain. Jadi bila minyak bocor ni, habis satu enjin dia sapu. Sebelum ini, apabila ambo pegi ke bengkel lain, pomen tak tanya banyak, terus nak baiki. Tu yang tukar itu ini, tapi minyak masih bocor.
Lain pula dengan pomen ni, dia minta ambo gi basuh enjin atas bawah, dan bawa 2 hari kemudian. Di sini ambo dah suka dah. Sebab cara keje dia berhati2. Mencari punca rosak, baru boleh baiki.
Hari ni ambo bawa keta. Pomen terus tengok, aaa dah jumpa. Bocor kerana gasket bocor. Untuk jimat, pomen sebelum ini guna gasket kertas. Bila suhu tinggi, gasket kertas akan kembang rosak, maka minyak akan keluar. Gasket asal adalah besi.
Ini yang ambo tak gemar, patutnya pomen dulu kena tanyalah pelanggan nak pakai gasket mana, biar pelanggan buat keputusan. Hanya kerana nak jimat, akhirnya lama ambo hadapi masalah kebocoran ni.
Jadi pomen baru dah bagi cadangan cara untuk baiki. Dengar dia cerita, sedap skit pasal nampak apa yang hendak dibuatnya. Daripada apa yang ambo dengar, pomen ni luas pengalaman, ambo pun tanya, dulu buka bengkel di mana? Dan kenapa buka bengkel di pengkalan kubor?
Jawapan pomen, dulu buka di Kajang, balik buka di sini kerana mak mertua kena stroke. Jadi balik ke sini untuk jaga mak.
Ya Allah bagusnya.
Insyaallah, murah rezeki!