Peranan Bapa Lebih Besar

3-4 hari lepas, Damia balik rumah dan bawa surat daripada guru yang menjemput ibu bapa ke satu majlis motivasi ibu bapa dan pelajar bertempat di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2. Ceramah dimulakan tepat jam 8:25 pagi. Syabas kerana menepati masa.

Kata tuan penceramah, dalam Al-Quran menceritakan kisah bapa dan anak lebih banyak berbanding ibu dan anak. Jadi, BAPA LEBIH BESAR PERANANNYA dalam pendidikan jiwa dan akademik anak-anak.

Tapi realitinya, secara jujurnya, berapa kali bapa ke sekolah untuk tahu perkembangan anak2? Berapa kali bapa bersembang dengan anak2 tentang jiwa, tentang agama, tentang akhlak? Berapa kali bapa tanya tentang masalah dan cabaran anak2 hadapi di sekolah dan dlm hidupnya. Bukan sekadar akademik, tetapi yg lebih penting adalah akhlak, adab, sahsiah dan jati diri.

Bapa2 sekalian…. tidak jatuhnya nilai hebat diri kamu jika bersembang dengan anak, bercakap sambil memandang matanya, bawa anak makan di kedai kopi, bawa anak buat aktiviti. Kerana jiwa mereka perlukan panduan, jiwa mereka mahukan sentuhan seorang bapa.

Jadi amatlah rugi dan berdosalah kita para bapa andainya kita mengabaikan tanggungjawab yang maha hebat ini.

Untuk para bapa/ibu tunggal yang menjaga dan mendidik anak2 sendirian kerana kehilangan isteri/suami, hormat ambo kepada anda semua. Hormatilah mereka kerana mereka menggalas 2 tugas maha berat sendiri.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 01/05/2019

Anda RELA di SPAM!

Anda rela dispam? Iklan sesuatu produk atau perkhidmatan, pengiklan akan meminta prospek yang berminat untuk…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?