Penawar Penyakit. Satu Perjalanan.

Ketika ini, Wae Wan Idris Wan Hamat dan Chik Hanisah Yaacob sudah berusia 80 tahun lebih. Keluarga Cikgu Wan Idris ni tak besar, ada 3 orang anak je. Sorang telah kami simpan di tanah perkuburan Pengkalan Kubor. Al-Fatihah untuk arwah Abe Di.

Jadi, tugas menjaga Wae dan Chik ini pastinya jatuh ke bahu saya, dan individu paling banyak membantu menjaga dan berkhidmat kepada Wae dan Chik ni adalah isteri saya, Haslinda Omar, terima kasih atas segala usaha dan khidmat menjaga keduanya, redha suami ini kepada isteriku, dan semoga syurga Allah untuk isteri ku ini.

Dalam menjaga kedua-duanya, pelbagai cabaran kami sekeluarga lalui, Chik kena strok, 2 kali, Wae buat pembedahan, 2x, dan kini kesihatan kedua Wae dan Chik masih stabil, walaupun semakin ketara usianya. Anak pun dah nak masuk 50 dahhh. 😅

Apabila menjaga ibubapa dan keluarga, perkara utama yang saya pentingkan adalah perbelanjaan untuk kesihatan. Saya percaya untuk kekal sihat, seseorang wajib mempunyai zat-zat yang cukup dari pemakanan harian, namun, pastinya tidak mampu untuk makan secukupnya zat-zat ini dari diet harian, dengan pelbagai alasan. Jadi, saya membeli dan menyediakan pemakanan kesihatan untuk Wae dan Chik dan keluarga saya.

Sudah lebih 30 tahun, saya amalkan pemakanan kesihatan, sudah cuba pelbagai jenama. Doktor2 boleh kata apa sahaja, tetapi kita hidup jalan sendiri, kita lalui pengalaman sendiri. Dan pengalaman hidup saya melihat ibu kena strok tidak boleh bangun, akhirnya sihat dengan pemakanan kesihatan. Berulang kali.

Tapi, jangan salah faham, saya tidak sesekali menentang ubatan/drugs dari syarikat dadah dan hospital. Chik masih makan ubat2nya, dan Wae pun masih makan ubat2nya. Kerana “drugs” ini mempunyai fungsi lain, manakala makanan berzat mempunyai fungsi lain.

Kedua fungsi ini adalah, BERTAHAN dan MENYEMBUHKAN. Kedua-dua disiplin perubatan ini adalah saling memerlukan.

Dalam usaha saya mencari pemakanan untuk mengurus darah tinggi, kencing manis dan kesihatan jantung Chik dan kesihatan kognitif Wae, saya belajar banyak perkara, cuba banyak suplemen dan berjumpa ramai kenalan.

Dan di antara kenalan terbaru saya adalah seorang bekas pesakit gastrik dan gerd yang sangat teruk. Beliau telah makan “drug” bertahun lamanya, dan akhirnya beliau sembuh dengan zingiber atau di dalam Al-Quran menyebut zanjabil (salah satu pendapat), manakala di alam Melayu menyebut sebagai HALIA, malah di dalam Kitab Tib, orang Melayu lama menerangkan pelbagai fungsi halia dalam menyembuhkan pelbagai penyakit.

Dapatan saintifik dalam penggunaan zingiber ini, salah satunya adalah:

MENCEGAH KANSER SERVIKS PERINGKAT AWAL

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah menemui teknologi baharu rawatan mencegah kanser serviks peringkat awal dengan menggunakan lempoyang atau halia hutan. Kajian yang telah menjalani ujian pra klinikal mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat tanpa merosakkan tisu normal (Adel et al. 2010). Melalui penemuan ini, ia memberi manfaat kepada pesakit kanser pangkal rahim yang mana ia dapat mengurangkan kos rawatan berbanding penggunaan ubatan yang diimport serta ianya sesuai digandingkan dengan rawatan kemoterapi.

Dari pembacaan saya, yang paling menarik adalah, penemuan khasiat halia adalah,

– SEBAGAI AGEN ANTI DIABETIK
– RAWATAN BAGI PENYAKIT ALZHEIMER

dan banyak lagi. Dan dua khasiat itu adalah penting untuk Wae dan Chik saya. Menurut kenalan baru saya ini, beliau sembuh dari penyakit gastrik dan gerd dengan mengamalkan meminum air halia.

Saya kembali ke Kelantan, dan meminta isteri membuat air halia, tetapi malangnya, saya tidak boleh minum, terasa pedas dan tak sesuai dengan rasa lidah ini. Malah nak menyediakan pun mengambil masa, tidak sesuai untuk orang seperti saya yang selalu bergerak ke sana sini. Oleh itu, timbul ilham hasil perbincangan dengan kenalan ini, untuk membuat satu formulasi, gabungan 3 jenis halia dalam satu sacet produk berbentuk serbuk yang mudah dibawa, dan diamalkan.

Produk ini adalah gabungan halia bara, halia hitam dan halia lempoyang. Saya buat dalam bentuk serbuk kerana apabila halia dikeringkan dan dijadikan serbuk, bahan khasiat dalam halia segar (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. “Shogoal boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan sel barah, khususnya barah ovari dan barah usus besar”.

Manakala dari segi rasa pula, saya pastikan ianya tidak pedas, sedap secukupnya, hingga saya sendiri boleh minum. Selain itu, ianya perlu lah “PURE”, yakni tidak ditambah bahan-bahan lain seperti gula, krimer, kopi dan lain-lain. Kerana, ibu saya ada kencing manis, tak bagus untuk ambil gula, susu yang banyak, produk saya ini perlu ASLI, hanya halia. Dan ianya boleh dicampurkan dengan minuman kegemaran untuk mereka yang tiada masalah kesihatan. Seperti dicampurkan ke dalam teh tarik, fuhh paling sedap!

Maka, setelah memenuhi semua ciri-ciri tersebut, terhasillah produk ZingPure!

Anda semua boleh baca di sini, sila klik LINK di bawah:
https://shop.wanniaga.com/checkouts/zingiber/ref/wanniaga/

Melalui kerjasama dengan syarikat IGG ini, kami akan pasarkan ZingPure bermula bulan 8 nanti, dan pre-order telah dibuka, tanpa perlu bayar apa-apa, hanya tempah sahaja, dan apabila pelancaran produk dibuat, kami akan emel anda untuk meneruskan tempahan anda.

Insyaallah, ZingPure ini terhasil dari niat mencari penawar kepada ibu bapa saya, semoga ianya juga menjadi penawar kepada anda semua.


Aaminn.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest


0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 18/09/2020

Ini Bukan Salah Aircond

Susulan kematian memilukan 3 wanita yang terhidu gas karbon monoksida yang berpunca dari kebocoran ekzos.…

Wan 17/12/2018

Masa tu nyawa dik oiii

Alhamdullillah. Selesai juga pemasangan unifi, walaupun berlaku sedikit kekeliruan. Nak jadi cerita, pihak tm telah…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?