1. Apa Objektif yang ingin dicapai?
Jual Produk & Servis
Aplikasi mobile anda akan digunakan untuk menjual produk dan servis anda. Ini boleh dicapai dengan mudah apabila anda bina app yang sesuai dan mempunyai fungsi Shopping Cart, Payment Gateway.
Cipta dan Naikkan JENAMA Bisnes anda
Aplikasi mobile anda mampu untuk membina, menaikkan dan mengekalkan jenama perniagaan anda. Ini boleh dicapai dengan fungsi seperti Customer Database, Registration dan Member Point for Rewards.
Bawa Trafik Pelanggan
Aplikasi mobile mampu untuk menarik trafik pelanggan dari Social Media dan iklan melalui FB Ads dan Google Adwords serta pengiklanan offline.
Permudah Operasi
Aplikasi mobile mampu memudahkan operasi perniagaan/organisasi anda. Para pelanggan mudah untuk capai produk, mudah untuk bayar, anda mudah untuk semak pembayaran, dan database pelanggan disimpan oleh anda sendiri, tidak lagi oleh third party.
2. Siapa yang akan Menggunakan Aplikasi Mobile anda?
Pelanggan Setia
Aplikasi mobile anda akan digunakan oleh pelanggan-pelanggan setia. Dengan adanya fungsi Member Points dan Rewards, pelanggan setia akan kekal dengan bisnes anda.
Prospek & Pelanggan Baharu
Pelanggan-pelanggan baru boleh ditarik menggunakan aplikasi mobile anda dengan tawaran diskaun atau pun hadiah percuma untuk mereka yang install mobile app anda.
Pekerja
Pekerja anda akan guna aplikasi mobile dalam urusan bisnes. Ini akan memudahkan kerja seperti semakan pelanggan, bayaran dan lain-lain.
Pelabur
Untuk sesetengah syarikat atau organisasi, laporan terus kepada pelabur atau ahli lembaga syarikat/koperasi, dan ini boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile yang mempunyai fungsi Member Group.
Setelah menjawab semua soalan di atas, anda sebenarnya sedar yang mempunyai apps yang baik akan mampu memberi kesan hebat kepada perniagaan atau organisasi anda. Dan semua fungsi-fungsi seperti Customer Database, Registration, Payment Gateway dan lain-lain boleh dibina menggunakan platform kami.