Membesarkan batu bata lebih daripada membesarkan ALLAH SWT?

Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat Nabi S.A.W. sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Jika ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya.

Namun, mendengar sahaja laungan azan, beliau terus berhenti dan menuju ke tempat solat untuk mengerjakan perintah Allah SWT. Beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, sedangkan hanya tinggal satu bata sahaja untuk diselesaikan.

Jawapan beliau amat ringkas dan mudah, jika beliau meneruskan kerjanya, beliau merasakan beliau lebih membesarkan batu bata (kerjanya) berbanding PERINTAH ALLAH S.W.T. Sungguh hebat kan iman sahabat ini. Oleh kerana itu, beliau berasa wajib berhenti dan terus untuk menjalankan perintah dan membesarkan ALLAH.

Oleh itu, kita boleh faham bagaimana bantuan Allah sampai kepada mereka (sahabat-sahabat Nabi SAW) kerana iman mereka melebihi segalanya. Mereka mencari redha Allah berbanding yang lain.

Kita pula?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 27/08/2018

Beza Barang Bermutu

Memang berbezalah guna produk yang bermutu berbanding yang tidak bermutu. Tapi kan itulah sikap orang…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x