Wan Aydi Ulwan. Nama diberi.
Aydi adalah nama Arab untuk lelaki dan perempuan yang bermaksud “tangan”, “kekuatan”, “kuasa”. Ia adalah perkataan yang digunakan 68 kali dalam al-Quran dan merupakan jamak daripada Yad (“tangan”, “kuasa”).
Manakala Ulwan ialah nama Arab untuk lelaki. Makna nama Ulwan ialah: “Tinggi”.
Wan pula adalah pangkal nama keturunan. Jadi maksud nama Aydi Ulwan adalah kekuatan/kuasa yang tinggi.
Maka, sesuai dengan namanya, Si Aydi mempunyai keteguhan dan kekuatan azam dan pegangan, di awal usia ini, Aydi sedikit berbeza berbanding Wan Ariq Ulwan dan Wan Damia Ulwan.
Tak mau pegi sekolah. Panas katanya. Makan tak sedap katanya. Puas dipujuk. Puas diajak. Kekal dengan pendirian. Rumah lagi best, katanya.
Dan akhirnya mommy wajib menjadi guru sepanjang tahun ini.
Jika dipandang dari sudut kebiasaan anak-anak yang seusia Aydi, tampak Aydi ketinggalan kerana tidak ke sekolah. Inilah yang dibimbangkan oleh mommy Aydi.
Namun, sebagai ayah, ambo tidak bimbang dan tidak risau. Sebab utama adalah kerana setiap yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmahnya, dan sebab yang kedua ambo tahu akan kemampuan Haslinda Omar dalam menangani sesuatu cabaran.
Dan, ketika ini, hasil didikan mommy di rumah, Aydi sangat berkemampuan dalam pembelajarannya. Didikan ibu sendiri sangat berbeza. Bagi ambo, setiap yang berlaku ada hikmahnya, mommy sentiasa bertambah ilmu dan skil untuk mendidik Aydi. Manakala, Aydi pula dapat didikan dan kasih sayang sepenuhnya daripada mommynya sendiri.
Di zaman di mana ada sebilangan kecil guru yang berputus asa dan menghantar balik anak2 kecil ke rumah atau membiarkan tanpa perhatian di sekolah, tidak mahu ke sekolah oleh Aydi pastinya mempunyai hikmah besar yang masih belum mampu dirungkai oleh akal ketika ini.
Ambo tidak tahu masa hadapan, tetapi ambo pasakkan pegangan yang Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
