Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah. Masuk home office, buka2 terus ada order Laminine melalui Kedai WANniaga.com
Ambo yakin ramai di luar sana sedang mencari ubat penyembuhan atas pelbagai penyakit seperti mana ambo mencari untuk ibu ambo;
Di Malaysia ini, penggunaan perkataan “ubat” sangat tidak tepat. Ubat di Malaysia merujuk kepada dadah/drugs yang dibekalkan oleh syarikat2 farmasi dunia. Sedangkan bagi ambo, ubat adalah sesuatu bahan yang menjadi asbab kepada penyembuhan kepada penyakit. Sedangkan di Barat, ubat dipanggil dengan nama sebenarnya – dadah/drugs.
Drugs, suplemen atau pun mana2 rawatan tradisional, jika sesuai, selamat dan baik, maka kita boleh cuba untuk proses penyembuhan penyakit kita. Asalkan kita berhati2 memilih, sebagai contoh, kita wajib pilih suplemen yang memasukkan bahan yang betul dan selamat, bukan memasukkan dadah – seperti steroid, dan menyatakan ianya suplemen. Ini yang merbahaya.
Dalam kes peribadi ambo, proses mencari penyembuhan ibu ambo ni sangat panjang dan lama. Anak mana yang mahu ibunya sakit, tidak sampai hati ambo melihat ibu ambo terlantar tidak boleh berjalan di rumah. Sedangkan ubat/dadah yang dibekalkan oleh hospital dan klinik swasta telah ibu makan dengan penuh disiplin. Anak mana yang mahu melihat ibu menderita sakit setiap kali mengangkat ibu ke dalam kereta untuk ke klinik swasta. Setiap 3 minggu.
Ayat ambo kepada Kak Za, Kak Ni dan Kak Som yang mari memperkenalkan Laminine, jika makan produk ini, mok ambo boleh bangun berjalan dan sihat, ambo akan perkenalkan Laminine ini ke seberapa ramai manusia lain yang memerlukan "ubat" penyembuhan kepada penyakit2 yang dideritai mereka
Bagi ambo, kami telah cuba dengan dadah, bukan sekejap, tetapi telah banyak tahun. Maka kami mencari alternatif lain, ya, banyak petua telah dicuba, macam2 rebusan air daun, pokok telah direbus. Sehinggalah kami diperkenalkan dengan Laminine.
Ayat ambo kepada Kak Za, Kak Ni dan Kak Som yang mari memperkenalkan Laminine, jika makan produk ini, mok ambo boleh bangun berjalan dan sihat, ambo akan perkenalkan Laminine ini ke seberapa ramai manusia lain yang memerlukan “ubat” penyembuhan kepada penyakit2 yang dideritai mereka.
Dan semua itu telah berlalu, ibu boleh berjalan – malah semalam solat tarawih pertama – ibu call – dia mampu solat berdiri mengikut imam di masjid setelah gagal berbuat demikian sekian lama. Alhamdulillah.
Maka, inilah ambo, walau apa pun orang nak kata, ambo sekadar berkongsi Laminine kepada semua yang memerlukan kerana ambo faham, bagaimana ketika ibu sakit, kita sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kesembuhan kepada ibu dan ayah kita.