i am not good enough!

Menjadi ibu bapa adalah anugerah terindah. Pun begitu, ianya juga satu tanggungjawab yang besar.

Tiada manual dalam menjadi seorang bapa atau ibu yang terhebat dan terbaik.

Tiada manual seperti manual penjagaan kereta, tukar minyak hitam setiap sekian km. Tukar plug sekian km. Tiada.

Kerana tiada seorang anak pun yang sama, perangainya, sikapnya, jiwanya, intelektualnya, bicaranya, memek mukanya.. tiada satu pun yang sama. Setiap orang anak adalah individu yang unik dan istimewa.

Oleh itu, wahai para ibu dan bapa, jangan berasa lemah dan lelah atau berasa β€œi am not good enough!” dalam menjadi seorang ibu atau bapa. Kerana sudah pasti, anda sebagai ibu atau bapa akan dan sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak walau seribu dugaan dan cabaran mendatang.

Hasilnya nanti, kita lepaskan dan serahkan kepada Allah SWT. Kerana kita ini milikNYA dan akan kembali kepadaNYA.

Ohya, pakcik dan makcik, Aydi dah darjah 1… 😬

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 09/08/2024

Kopi Malam

πŸŒŸβ˜• Kopi Malam, Semangat Padu! β˜•πŸŒŸ Setiap hirupan kopi di malam hari bukan sekadar memberi…

Wan 13/10/2020

Ustaz Pesan…

Ustaz pesan, kalau nak rasa yang lapang dan tenang, banyakkan membaca Al-Quran. Ustaz pesan, kalau…

Wan 05/01/2023

Roti Banjir Satu

Salam pagi berlako. Pagi2 akak kedai dah buat hal🀨 Aku sampai kedai, orderlah roti kosong,…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x