Gula

APA ITU GULA ?

  • Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
  • Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
  • Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

Kesan pengambilan gula secara berlebihan

  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
  • Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
  • Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

7 Langkah bijak mengurangkan gula

  • Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  • Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
  • Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
  • Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula-2/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda mungkin menyukai ini...

wanniaga 27/12/2023

Saksi di Akhirat Nanti

Sedang Aydi bermain2 dengan 2 ekor kucing kesayangannya dan kakak abang dia, ambo tergerak hati…

wanniaga 26/07/2024

Pemasaran Wajib Konsisten

Salam subuh semua. Pemasaran (marketing) adalah cara kita memberitahu kepada semua orang yang kita sedang…

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?