Ustaz ni bukan VIP. Bukan golongan bangsawan, bukan juga seorang Melayu. Beliau adalah seorang Cina. Dan juga beliau seorang MUKMIN – beragama Islam, oleh itu, beliau adalah saudara aku.
Beliau cintakan Allah, Rasul dan manusia lain. Kecintaan ini, terbukti dengan tutur kata, sikap dan akhlak yang ditunjukkan.
Inilah beliau – diberi nama Ebit Lew.
Beberapa hari lepas, kecoh satu Malaysia, apabila ada kata-kata sinis yang menghiris hati Ustaz Ebit Lew. Kata-kata yang datang daripada segelintir manusia yang mungkin kurang kasih sayang, agaknya, yang mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew sehingga Ustaz terduduk keletihan dek kerana hati-hati busuk manusia ini.
Dalam sosial media ni terlalu banyak maksiat dan keburukan dan perkara sia2. Begitu ramai yg berkongsi perkara2 yang sia2 ini. Ketika segelintir yg membuatkan perkara mulia dan baik dan dikongsi, hati2 hitam pasti tak senang. Nafsu buruk mula membisikkan sesuatu yang jijik terhadap manusia yng berkongsi kebaikan.
Teruskan lah berkongsi kebaikan, kerana jiwa yang tersentuh dgn kebaikan adalah tanda2 kemurnian jiwa. Manakala, jiwa yang terganggu dgn kebaikan, maka aku nasihatkan korang bertaubat dan pegilah jumpa pakar sakit jiwa kerana jiwa korang sedang memburuk.
Wan
Aku sudah lama mengikuti kerja-kerja dakwah dan amal Ustaz Ebit Lew(UEL) ini, dan bagi aku, lebih ramai golongan ustaz dan kita semua wajib cuba mengikuti cara kerja dakwah dan amal UEL ini.
Aku yakin, ada orang lain yang melakukan kerja-kerja amal seperti ini tapi tidak direkodkan dan ditunjukkan, aku setuju, amal-amal kita elok disembunyikan,
TETAPI, pendapat aku, jika anda seorang yang terkenal, anda seorang yang punyai kemampuan – jutawan, billionwan(?), anda mesti tunjukkan kerja-kerja amal anda. Kerana, sikap anda ini akan menjadi teladan kepada mereka yang inginkan kebaikan, cintakan usaha kemanusian.
Dan apabila anda tunjukkan amal seperti ini, ramai yang tidak berkemampuan boleh hubungi anda untuk dibantu, manakala, orang yang ada maklumat tentang orang fakir dan susah, boleh terus salurkan maklumat kepada anda.
Video di atas menunjukkan bagaimana UEL menggunakan harta kurniaan Allah SWT untuk kebaikan, dibantu terus pakcik tersebut tanpa banyak soal. Tanpa perlu isi borang tanpa apa-apa protokol. Inilah kemampuan UEL.
Semoga terbukalah hati para jutawan dan billionwan di luar sana untuk mengikuti cara UEL, dan sila tunjukkan kerja-kerja anda kerana dunia kini penuh dengan perkara buruk dan sia-sia, kali ini kita sebarkan perkara mulia dan kecintaan.
Sebarkan kebaikan!
One Response
Semoga Ustaz Ebit terus tabah.