Salam Subuh.
Bangun pagi dengan minda yang betul menaikkan peluang kita dalam perjalanan menuju cita-cita.
Saya rasa agak ramai yang telah terdedah dengan 4 kuadran yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki ini.
Bukan, ini bukan tentang di tahap mana kita sekarang, tetapi penulisan saya pagi ini adalah di mana tahap minda atau cara berfikir kita sekarang ini.
Pada pendapat saya, untuk capai ke mana-mana tahap dan cita-cita, minda atau cara berfikir kita wajiblah berada pada tahap tersebut.
Empat Kuadran yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki.
- Employee (Pekerja)
- Self-Employed (Bekerja sendiri)
- Business Owner (Pemilik bisnes)
- Investor (Pelabur)
Kebanyakan kita pada hari ini berada di kuadran
- Employee (Pekerja)
- Self-Employed (Bekerja sendiri)
Berada pada tahap ini ketika ini tidak mengapa, tetapi cara berfikir wajib berada pada kuadran 3. dan 4.
Kerana, jika kita mempunyai cara berfikir di tahap yang lebih tinggi, maka cara merancang dan cara kerja akan berbeza. Malah bangun pagi pun akan rasa lain dengan perasaan dan semangat yang lebih jitu. Ini bermaksud, peluang kita untuk berjaya semakin tinggi.
Jadi, sahabat-sahabat semua, jom sarapan…
Wan Hasbullah