Bayi – Amanah Mahal daripada Allah SWT

Anak-anak adalah amanah termahal yang diberikan kepada kita semua oleh Allah SWT, untuk dijaga, dibelai, dididik, diberi perhatian dan segalanya. Sibuk, tiada masa, atau apa sahaja alasan sebenarnya akan kekal sebagai alasan. Kerana kita semua akan disoal nanti, apa yang telah kita buat, apa usaha kita dan bagaimana kita menjaga amanah tidak ternilai ini.

 

Mencari rezeki adalah alasan paling banyak diberi ketika melepaskan bayi  sekecil 1-2 bulan kepada pengasuh-pengasuh di taska atau mana-mana rumah. Dalam saya memahami, kewajipan mencari rezeki, begitu juga ibu bapa wajib mengetahui amanah ini (bayi) perlu diletakkan di peringkat teratas. Ketika tersangat kecil, peringkat bayi ini, bayi amat memerlukan sentuhan, belaian, pujukan, kasih sayang dan rangsangan mesra daripada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang menjadi penjaga. Oleh itu, menyerahkan bayi kepada pengasuh lain perlulah disertakan dengan keyakinan yang bakal pengasuh itu mampu memberikan segalanya kepada bayi anda.

 Jika anda baca status Facebook Adhwa Adnin ini, jelas sentuhan dan hubungan antara ibu bapa, pengasuh adalah amat kritikal kepada kesihatan bayi anda. Tanpa sentuhan positif dan mesra, bayi anda akan “kalah” dan berputus asa. Ini mengakibatkan kesihatannya merosot dan paling malang, kematian.

Oleh itu, menyerahkan bayi di taska, di mana pengasuh perlu menjaga 3-5 bayi dalam satu masa, mengakibatkan bayi anda terabai dari segi emosi dan sentuhan serta belaian.

Cubalah perhatikan, perbezaan di antara bayi yang ditinggalkan di taska dengan bayi yang dijaga oleh ibu atau seorang pengasuh khas untuknya, kita boleh lihat perkembangan kesihatan dan emosi bayi yang pasti berbeza.

Di samping anda kehilangan peluang untuk memeluk bayi anda sentiasa, risiko lain juga akan hadir, seperti video di bawah:

Tetapi jangan salah faham, bukan bermaksud anda perlu berhenti kerja kerana menjaga bayi anda, tetapi apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah, adakah berbaloi gaji yang anda terima dengan kehilangan masa kritikal bayi – memerlukan belaian dan sentuhan dan risiko-risiko lain?

Apa-apa pun, anda sekeluargalah mengetahui apa yang terbaik, dan Adhwa Adnin telah berkongsi dengan kita yang sentuhan, belaian ibu adalah sepenting susu dan makanan bayi tersebut.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 28/09/2022

Lambat Berubah

Aku cuba berubah. Aku juga mengharapkan keluarga aku berubah ke arah kebaikan. Tetapi, oleh kerana…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?