Kesedaran di kalangan pemain bisnes di Malaysia bahawasanya pemasaran boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi mobile masih rendah. Senario pemasaran di Malaysia lebih banyak berkisar menggunakan media sosial untuk tujuan pemasaran dan perkembangan jenama tanpa menghiraukan faktor kredibiliti yang amat penting dalam usaha membangun dan memperkukuhkan jenama perniagaan. Media sosial boleh membuatkan jenama anda terkenal, tetapi kredibiliti jenama anda boleh jatuh menjunam dengan cepat.
Ambil contoh Apple, sebuah syarikat yang amat mementingkan faktor kredibiliti jenamanya hingga mereka langsung tidak memasarkan jenama mereka melalui media sosial. Pun begitu, bukanlah bermaksud, kita tidak boleh menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran, tetapi penegasan di sini adalah mempunyai aplikasi mobile sendiri akan membantu memperkukuhkan jenama perniagaan anda.
Antara kepentingan membina jenama melalui aplikasi mobile adalah:
- Membina reputasi perniagaan.
- Membezakan perniagaan dengan pesaing.
- Membuktikan kestabilan syarikat.
- Mempengaruhi kuasa membeli pelanggan.
- Menarik perhatian pelanggan sasaran.
- Mendapatkan pelanggan baru dengan mudah.
- Membina kesetiaan dan kepercayaan pelanggan.
Dengan begitu besarnya kepentingan aplikasi mobile, maka perniagaan kini semakin terdesak untuk membina aplikasi mobile, malangnya, kos membina yang tinggi, masa yang lama untuk membina dan kos operasi aplikasi mobile menjadi faktor penghalang usahawan Malaysia memiliki aplikasi mobile sendiri.
Berita baiknya, kami hadir menawarkan penyelesaian kepada 3 masalah utama ini, kami tawarkan:
- Kos RENDAH!
- Masa pembinaan CEPAT!
- Kos operasi amat Berpatutan!