Anda Pengguna Telefon Pintar Android dan Anda Dalam Bahaya!

Ambo selalu dengar ada orang hilang duit melalui perbankkan internet. Ada yang akaun facebook diceroboh masuk. Iklan-iklan tak senonoh keluar di telefon pintar dan pelbagai macam masalah yang berlaku. Semua ini berlaku, mungkin kerana kebocoran keselamatan di telefon pintar anda.

Anda kena faham, telefon pintar/smartphone yang korang pegang tu adalah sebuah komputer. Komputer di rumah korang menggunakan Microsoft Windows atau Mac OS sebagai sistem operasi, manakala untuk telefon, sistem operasinya adalah Android daripada Google atau iOS daripada Apple.

Apabila sebut je komputer maka, akan ada masalah atau kelemahan, seperti virus smartphone atau pun spyware. Jika anda pengguna telefon pintar, maka anda pun perlulah pintar juga. Ada beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk keselamatan data dan urusan duit anda. Untuk pengguna iOS, Apple, masalah keselamatan tidak menjadi isu sangat, kerana Apple mengamalkan eco-sistem tertutup. Di mana, Apple sebagai sebuah syarikat yang sangat menjaga keselamatan peranti dan  hak kerahsian pengguna mereka dengan sangat serius.

Ini berbeza dengan Android, eco-sistem android lebih terbuka, di mana pengeluar telefon mungkin dari Samsung, Huawei, Xiaomi dan macam-macam lagi, dan setiap versi android di setiap telefon ini akan sedikit berbeza kerana telah diubahsuai oleh pengeluar telefon masing-masing. Jika anda beli dan guna telefon original daripada Samsung atau mana-mana pengeluar lain, keselamatan data anda lebih terjamin. Tapi, pasaran di Malaysia ini dibanjiri oleh telefon-telefon android yang murah dan klon. Di sinilah bermulanya masalah.

Nak guna Android ni kena hati2.

  • JANGAN BELI telefon KLON! Bila beli yg klon, tak pasti android dah diubahsuai atau tak. 
  • JANGAN ROOT smartphone. Bila rooted android phone pula, security dah diubahsuai. Kalau tahu apa yg dibuat takpelah. Tapi jika root Android, aplikasi perbankkan internet memang tak boleh digunakan.

Nak selamat, beli yg ori dan jika nak guna perbankan internet memang telefon tak boleh diroot.

Anda juga disarankan tidak install aplikasi daripada sumber yang tidak dapat disahkan. Adalah lebih selamat anda install aplikasi daripada Google Play Store. Pun begitu, jika anda pasti dan tahu apa yang anda lakukan, sistem terbuka Android ini memberikan kelebihan untuk anda “bermain” dengan sistem telefon anda.

PDRM dengan kerjasama Avast mengeluarkan cadangan di bawah ini,

Senarai Aplikasi Yang Wajib Dibuang

Jadi pengguna telefon yang bijak dan lindungi data anda.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

Wan 06/01/2023

Barang Free : Numbers

Pagi ni uruskan kewangan sebuah khairat. Pengurusan khairat ini adalah secara sukarela, untuk jimatkan kos,…

Wan 27/12/2018

Ujian dan Sabar

Banjir besar di Kelantan tahun 2014 banyak memberikan pengajaran kepada mereka yang ingin mengambil iktibar.

Wan 18/04/2019

Ini Ibu Saya…

Dulu, 3 minggu sekali jumpa doktor ambil ubat gout. Gastrik pun kena, sakit. Kesian ibu…

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?