Tak Malu Ke? Bil RM8.25 pun Nak Kecoh?

Semalam, dapat panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa daripada redONE yang dengan suara tegasnya telah meminta ambo membayar bil yang dikatakan tertunggak berjumlah RM8.25.

Ambo cuba menjelaskan kepada wanita yang tidak mahu memberi namanya, tak tahu kenapa, mungkin dia ni pengikut pendekar tanpa nama kot… Kisahnya ambo masukkan dalam FB seperti di bawah:

Akibatnya, ambo pun report lah kepada SKMM kerana tak berpuas hati dengan layanan ala along ni. Tambah lagi paksaan membayar bil pada bulan yang tidak lagi ambo guna, ini macam nak jadi penipuan secara halus. Jika dibiarkan makin ramai yang tidak mahu “bising” just bayar sahaja jumlah tersebut.

Dengan pantas juga redONE menelefon ambo seperti kisahnya di bawah ini:

Maka selesailah isu kecil yang sebenarnya memburukkan nama redONE itu sendiri, kerana RM8.25, ambo dikatakan tidak malu padahal depositnya mereka pegang berjumlah RM50. 

Kepada yang rasa teraniaya dengan mana-mana telco di Malaysia ni boleh terus report kepada SKMM ya, tak payahlah marah2 di kedai kopi ke, di FB ko, terus je report dan kita akan lihat mereka akan jadi sopan dan baik. 

Kepada yang bertanya nak lapor kat mana, klik butang di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda mungkin menyukai ini...

wanniaga 20/05/2020

Less is More

Baju raya dah 10 tahun tak beli yang baru. Baju Melayu warna hitam dah berusia…

wanniaga 08/02/2021

Terima Kasih Cikgu

Antara sikap “CIKGU”, “GURU” yang ambo hormati.Guru sekolah bukan sekadar jawatan untuk mengajar para pelajar.…

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?