Undang-undang ni keras untuk orang Islam saja ke?

Facebook
Threads
WhatsApp

Serius cakap… tengok dua gambar ni memang buat darah naik

Yang satu digari macam penjenayah besar. Yang satu lagi jalan siap ada orang iring macam VIP.

Ini apa cerita sebenarnya? Undang-undang ni ikut situasi ke… atau ikut siapa orang dia?

Kalau betul semua sama di sisi undang-undang, kenapa layanan boleh jauh beza macam ni?

Atau memang ada “kelas” tertentu yang tak kena rasa apa orang biasa kena?

Bab polis pula… kita hormat tugas mereka. Tapi kalau cara layan nampak pilih-pilih macam ni, macam mana rakyat nak percaya?

Undang-undang ni sepatutnya tegak, bukan ikut siapa kuat, siapa ada kabel.

Lagi satu… yang buat orang geleng kepala, bila nampak ada menteri macam “backup” benda macam ni.

Eh, hangpa ni jaga negara ke jaga orang?

Dan yang paling pedih, menteri-menteri Islam.

Diam je.

Mufti Perlis pun dah tegur dah… benda ni bukan isu kecil. Bila orang agama sendiri bersuara, maksudnya dah melampau.

“tertanya-tanya tentang sikap adil dan profesionalisme KPN…”

dan lebih keras lagi beliau tanya:

“Apakah undang-undang kita hanya keras untuk yang beragama Islam sahaja?”

Jadi sekarang rakyat nak tanya je:

Undang-undang ni keras untuk orang Islam saja ke?

Atau memang ada golongan yang kebal?

Bila benda jelas nampak tak betul depan mata, semua senyap.

Takkan takut hilang jawatan lebih besar daripada takut dosa?

Kita bukan minta lebih. Cuma nak benda simple je, adil. Jangan bila kena kat orang tertentu, terus keras. Bila kena kat pihak lain, terus lembut.

Rakyat ni bukan tak nampak.

Cuma sekarang… makin ramai dah mula muak.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x