Dia anak muda biasa. Demi menuntut ilmu, keluarga menggadaikan rumah bernilai sekitar RM180,000 dengan ansuran hampir RM1,000 sebulan. Tahun berganti tahun, dia berjaya tamat pengajian dan mula bekerja dengan gaji sekitar RM3,200. Perkara pertama yang dia buat bukan membeli kereta atau berbelanja, tetapi mengambil hibah takaful RM300,000 dengan caruman tak sampai RM120 sebulan.
Katanya, “Kalau apa-apa jadi dekat aku, biarlah rumah mak ayah selamat.”
Tak lama selepas itu, Allah menjemputnya lebih awal. Kesedihan itu tak terganti. Namun hibah digunakan untuk menyelesaikan hutang rumah sepenuhnya, dan baki wang menjadi bekalan hidup ibu ayahnya. Mereka tidak perlu menjual rumah, tidak terbeban dengan hutang, dan tidak jatuh miskin selepas kehilangan anak.
Hibah tidak menggantikan nyawa. Tetapi bayangkan jika dia tidak mengambil takaful hibah — siapa bayar gadaian, dan rumah itu akhirnya milik siapa?
“Kalau Allah jemput aku esok, apa yang tinggal untuk mak ayah aku?”




